Thursday, February 10, 2011

Menderma sambil beramal

Salam. Aku sekarang berasa agak stress free sebab assignment aku semain berkurangan. Aku baru sahaja siap menyalin kerja Manufacturing Technology yang aku search dari Google dan Wikipedia untuk menyalin mencari info yang berkenaan. Malam semalam aku siapkan assignment Dynamics dan tutorial sekali. Sungguh memenatkan.

Siapa cakap student Mechanical boleh rilek? Aku yang dah ambik kelas IMSE last semester masih berasa penat setiap hari, apatah lagi budak Mechanical yang lain kan? Walaupun 14 credit hours semester ini, namun semua kelas aku tak macam 14 credit hours langsung. Ini aku sediakan link untuk kelas yang aku ambik semester ni.

Dalam entri kali ini aku nak cerita sedikit pengalaman pertama aku hari Selasa yang lepas. Maybe ada budak-budak UTP yang dah buat post ni, aku saja yang lambat. Masa aku banyak ditumpukan pada benda-benda lain selain nak update blog.

Sepanjang hayat aku di dunia ni, aku tak pernah derma darah. Haaa. Ni pengalaman pertama aku ya. Selepas kelas Manufacturing Technology, aku dan rakan-rakan ada gap sejam sebelum kelas Structured Programming & Database (SPDB). Aku turun tangga dan nampak bilik sebelah Kafe Paprika ada macam aktiviti yang berkait rapat dengan kesihatan. Aku pun tengok dekat-dekat, rupanya ada kempen menderma darah. For your information, before ni memang ada kempen menderma darah di UTP, aku je tak ada masa nak menjenguk tempat tu. Sekarang peluang di depan mata so apa lagi. Join laa.

Time aku dan rakan-rakan dalam perjalanan balik ke UTP dari Melaka, ada jugak kami berbincang tentang derma darah dalam kereta. Hampir semua dari kami belum menderma darah. So, aku tak nak melepas peluang jadi aku pun mengisi borang dan mengikut porcedure yang diberitahu oleh attendent kesihatan yang bertugas. Ada jugak aku tengok nurse baru, muka macam budak praktikal. Ada yang umur muda lagi dari kami dah praktikal *menurut kawan aku yang rajin bertanyalah*. Oh lupa. Darah aku type O+.

Bukti darah aku O+

Aku diarahkan untuk berbaring di katil yang disediakan. Seorang nurse veteran menyuntik bius di tangan kiri aku. Adoi. Sakit sungguh. Lepas tu lengan aku dicucuk dengan jarum penyedut darah yang lebih besar. Tapi kurang sakitnya. Hehe. Darah yang aku derma lebih kurang dalam 450 ml. Oklah kan? Hehe. Selepas 15 minit, darah aku berjaya didermakan. Nurse yang bertugas bagi aku air milo 2 kotak dan 1 roti Gardenia.


 Aku berjaya!

Alhamdulillah, berjaya jugak aku menderma darah tahun ni.  Dah hampir 2 tahun aku di UTP, baru sekali aku menderma. Patut aku dah boleh derma 4-5 kali dah. Ish2. Banyak manfaat menderma darah ni. Jika rajin, boleh cari kat website jabatan kesihatan tentang fadhilat menderma darah ni. Tapi serius, lepas derma darah memang penat. Malam tu aku memang terus tertidur awal dari yang usual. Haha.

Ok. Sampai sini sahaja cerita aku nak sampaikan. Nanti ada update yang terbaru akan aku sampaikan di blog aku ni. Sekian. 

4 comments:

eyka said...

"adoi.sakit sungguh" hahahahaha! ampe wak kwu ya..dhla jarum penyedut darah..ahahahha

Ahmad Zakwan said...

me bukan doktor and me xperlu gago benda2 gya. u ya doktor x jwak ajar me. apalaaaaaaaaaa. -_-

eyka said...

-_________- annnoying

Ahmad Zakwan said...

-________- annoying orange.