Thursday, February 17, 2011

Perlukah Bergaduh?

Kehidupan ini memang membingungkan. Assignment, quiz sudah menjadi darah daging dalam kehidupan student di UTP. Oh. Memang sudah nasib seorang pelajar akan menghadapi semua itu. Aku baru sahaja membuat ulang kaji atau bak kata orang putih sana, study. Bukan study apa, quiz punya hal la ni. Jumaat ni quiz 1 untuk subjek Vector Calculus. Setakat apa yang belajar tadi, aku tengok semuanya aku dah belajar time aku ambik Statics dulu. Ni pun aku baru sedar. Tapi, kalau tak study memang hampeh laa. Orang genius mana pun, kalau tak study memang result drop. Confident 100%.

Ok. Done with my story lately. Ni aku nak cakap sedikit tentang perangai budak yang nak masuk 20 tahun tapi buat perangai macam budak 12 tahun. Adalah seorang hamba Allah ni post something kat Google Group laa konon nya. Adalah benda dia nak post something about jadual. Seperti biasa, standard laa ada orang komen-komen kan? Cam Facebook laa. Orang buat status, komen memanjang jer.

Google Group


Ada laa seorang hamba Allah ni menyatakan pendapat tentang jadual student-student lain yang ambik subjek lain. Dia macam tak setuju lah jadual ditukar. Yang hamba Allah yang buat post ni tadi pun menyatakan pendapat dia jugak laa. Lepas tu bergaduh-gaduh. Aku tak tipu. Bergaduh, emo dan sebagainya.
Ni apa kes ni?

Aku malas nak letak apa yang diorang bergaduh-gaduh ni.Tapi ni aku pendekkan cerita laa. Aku nyatakan hamba-hamba Allah ni sebagai si A dan B. Si A ni nak buat proposal untuk awalkan kelas Vector Calculus hari Jumaat. Ramai laa orang komen beri cadangan. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju. Datang pulak si B ni pun bagi pendapat cakap ada dalam kalangan student yang repeat subjek semester lepas tak setuju kelas VC diawalkan. Si A ni pulak tanya laa subjek apa yang student repeat ni ambik. Si B cakap Differential Equation dan sebagainya.


Si A pun cakap laa bukan budak fail DE takleh ambik VC ke? *cam prerequisite laaa* Si B ni tetap dengan pendirian dia cakap boleh ambik. Si A pun tetap pendirian jugak. So, tanpa kata sepakat, bergaduh-gaduh laa. So apa kata anda tentang hal ni?

Ni aku nak cakap sikit. Aku bukan nak bising dalam Google Group tu semalam. Aku busy buat benda lain dari aku menyampuk orang bergaduh tak tentu pasal. Korang tu dah besar. Agak-agaklaa. Ni benda macam tu pun nak bergaduh. Topik pun dah lari dah. Dari nak alihkan jadual, jadi bergaduh pasal subjek. Apa kes ni? Tak malu orang tengok ke? Bukan korang bergaduh dalam telefon, nak SMS ke apa. Ni Google Group weh. Semua budak yang join group tu baca. Kalau nak emo pun anta email laa. Korang gaduh laa puas-puas. Korang gaduh banyak-banyak pun buat penuh spam email aku jer.

Dari korang bergaduh dalam platform yang kurang sesuai, baik korang jumpa, cakap baik-baik. Tak puas hati? Jumpa orang yang lebih arif dalam hal subjek-subjek ni. Jangan sekadar main rasa-rasa, pertahankan pendirian yang salah. Be professional sikit. Kata student UTP kan? Admin group pun macam tak ada. Korang patut tapis benda yang tak sesuai dalam group yang korang buat. Buat rules sikit ke. Baru group tu nampak official dan bukan nampak macam group mainan. OK?

No comments: