Monday, February 28, 2011

Lathe ke Latte?

Selamat malam diucapkan kepada dunia yang indah. Ok. Aku tahu aku dah lama tak update blog kudus ini. Tapi tak mengapa, aku ada masa untuk mengupdate blog hari ini. Haha. Aku baru sahaja selesai menjawab test Dynamics yang agak hebat dan ganas. Nak cakap ganas sangat, tak ada laa sangat. Tapi boleh laa. Kalau aku ada masa dalam 1 minggu lebih lagi mungkin aku boleh menjawab soalan-soalan tadi dengan enteng lagi mudah.

Last week, lab Manufacturing Technology aku cancelled tapi kena ganti ari Khamis dan Jumaat. Kerja yang agak senang kerana technician ada hal hari Sabtu. Demi nak menjimatkan waktu, semua kerja disediakan dan aku hanya menyalin semua kerja-kerja yang diberikan. Oh yeah. Kerja salin menyalin memang dah jadi darah daging aku. Bukan apa, dah nama malas semua kerja nak main salin. Kalau boleh exam pun aku nak salin. Astaga. Tak boleh diamalkan selalu ni. Haha.

Di sini aku nak sediakan gambar benda yang aku hasilkan dari 2 lab yang berbeza iaitu Conventional Lathe dan CNC Lathe. Conventional Lathe ni process nya semua manual, CNC ataupun Coordinate Numbering Code pulak berdasarkan programming code yang sudah disediakan ataupun yang kita buat sendiri. Machine di UTP sememangnya hebat belaka. Aku serius kagum dengan machine kepunyaan department Mechanical Engineering. Tak sia-sia aku masuk UTP walaupun keadaan yang panas terik memanjang sehingga hendak membuatkan aku mati katak imageshack.

 

Yang atas tu gambar dari lab Conventional Lathe. Gambar 1 masih dalam process apa entah aku lupa. Tapi cam mengurangkan diameter dari 32mm ke 28mm ke aku tak ingat sangat. Hasil produk yang baik namun tak begitu kemas. 




Yang ni hasil dari lab CNC Lathe. Kemas dan licin berkilat yer. Ni semua hasil dari machine. Kami masukkan kod sahaja. Hehe. Dengar macam senang tapi masuk kod memang susah kalau tak dapat nak bayangkan hasil produk yang akan dihasilkan. Hehe.


Minggu ni aku ada lab Bridgeport kalau tak silap aku. Bridgeport ni kesinambungan dari lab CNC Lathe dan Milling. Milling ni aku lom masuk lab lagi. Maybe after Welding aku akan masuk lab Conventional dan CNC Milling. Hidup sebagai seorang pelajar Mechanical Engineering memang memenatkan tap semuanya menarik jika kita enjoy apa yang kita lakukan.

Ok. Sampai sini sahaja aku nak cerita. Next week kalau aku ada cerita best lagi aku masukkan kat sini ye. Eh lupa. Aku ada satu blog photography yang aku baru buat. Tak laa lawa mana. Tapi leh gak check it out ye. Bukan apa, aku tak ada duit nak beli Pro Account Flickr, gambar kat Flickr pun dah nak penuh. So letak kat blog pun sama jer. Korang pun leh tengok kan. Kalau nak komen dipersilakan.

http://ahmadzakwan-photography.blogspot.com

Selamat malam semua dan selamat masuk hari Selasa dan 1 Mac 2011! 

p/s 1 - Next week hari Rabu malam aku dan rakan-rakan akan bertolak ke Singapore. Oh yeah! Cuti-cuti di luar negara buat pertama kalinya. Hehe.

No comments: