Friday, March 4, 2011

Health Safety Environment

Hello. Hari ini aku nak cerita satu pengalaman menarik yang terjadi kepada aku dan aku rasa pengalaman ini memang pengalaman 1 dalam 100 kejadian. Pagi tadi merupakan pagi Khamis yang biasa aku lalui setiap minggu. Aku bangun dalam jam 0720. Mandi dan sarapan. Jam 0750 aku pun turun dan berjalan kaki ke kelas.

Aku pun memasang earphone mp3 aku ke telinga dan aku mula berjalan. Aku kalau ke kelas memang guna mp3 player. Sebab aku jalan kaki sorang-sorang. Takde orang  nak teman aku berjalan ke kelas. Haha. Tiba-tiba aku terserempak dengan Emir dan 2 orang rakan beliau. Oklah. Ada teman nak berjalan. Destinasi nak dituju pun lebih kurang dekat. Pocket C je pun.

Aku sembang-sembang laa dengan Emir. Kalau korang nak tahu, kalau dari village 3 dan 5 nak ke Pocket C kena lintas jalan sikit. Memang ada zebra line disediakan. Time nak melintas ada sebuah kereta CRV berhenti macam give way dengan kami laa. Nampak macam lecturer. So, kami pun melintas dengan berhati-hati dan rilek jer.

 

Tiba-tiba, adalah satu motosikal 135 LC main jalan jer tak berhenti-henti. Tapi motosikal tu jalan belah kiri kereta tu laa, bukan kat tengah tempat kami melintas tu. Ohkay. Kami pun berhenti laa kejap. Terkejut jugak laa. Haha. Tiba-tiba, lecturer tu hon laa budak tu tapi still, budak tu buat selamba badak jer. Huhu.

Yang mengejutkan, lepas kami selesai melintas jalan tersebut, lecturer pegi press minyak CRV dia kuat-kuat dan kejar motosikal tu. Serius cool. Aku mula-mula terkejut jugak apahal dia nak laju sangat. Rupa-rupanya beliau pegi kejar budak tu. Sampai bumper depan nak berlanggar tayar belakang motor tu jugak laa. Apa orang cakap, cucuk angin. Macam tu laa. Lepas tu, lecturer tu hon motosikal tu kuat2. Wow.

Lecturer tu ikut budak tu sampai tempat parking. Serius lecturer tu marah giler. Aku pun suka laa. Haha. Padan muka. Entah apa lecturer tu cakap dengan budak tu. Aku malas nak ambil tahu. Kami gelak-gelak jer time berjalan tu sambil kagum dengan cara lecturer handle budak tu. Bukan pak guard bangang, lecturer tu.

Ni aku nak cakap sikit, lecturer tu foreigner. Dari cermin kereta beliau, aku nampak lecturer tu macam Dr. Bernard. Beliau pernah mengajar aku Oil & Gas last semester. Kalau tak silap aku beliau pemegang kerusi Shell di UTP. So pangkat beliau agak besar laa. Dahulu beliau kerja dengan Shell dalam bidang Oil & Gas laa kan. Tapi maybe beliau dah malas, so buat research jer laa.


Orang macam ni memang mementingkan isu "Health & Safety" dalam kehidupan seharian. Dalam semua bidang kerja, keselamatan memang penting. Sebab keselamatan ni main dengan nyawa. Even luka kecil akibat kerja lab kimia pun boleh mendatangkan kematian tau. Mana tau ada masuk chemical beracun masuk dalam darah ke, mana kita tau kan.Contoh lagi, masuk lab Mechanical kalau guna selipar, haram laa technician nak bagi masuk. Sebab apa? Keselamatan. Safety always comes first.

Tengok macam kes aku tadi. Cuba time tu aku tengah jalan motosikal tu langgar aku. Apa jadi dengan aku? Kalau aku hidup memang aku belasah budak tu sampai separuh mati. Ye laa. Lecturer tu punya baik hati nak berhenti, dia main sedap jalan. Lecturer tu bukan guna kereta Kancil, CRV tu. Besar amat saiznya. Budak-budak macam ni laa buat kes kematian makin meningkat. Mana courtesy kita sebagai rakyat Malaysia? Foreigner lagi berhenti give way dengan local, ni budak local pun buat sedap jer jalan. Malu laa sikit. Huhu.

Ok. Tu jer laa nak cerita. Moral of the story is safety is always first in our list in everyday life. Ok? Selamat malam semua. Assalamualaikum.

No comments: