- Mid sem break yang lepas (9-12 March 2011) aku dan rakan-rakan aku ikut Media Tour 2011 anjuran Medtech UTP Club ke Singapore. Serius best. Al-maklumlah, aku ni belum cukup kaya nak ke luar negara. So, Singapore is the starting point lah. Banyak benda yang aku kagum dengan Singapore. Bandar yang bersih dan teratur, pelbagai tempat yang menarik, trafik jalan raya yang agak berdisiplin dan pelbagai lagi. Memang aku kagum sangat. Tapi, itu negara orang. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Walaupun aku enjoy di Singapore, aku tetap suka negara Malaysia yang tercinta. Gambar-gambar di Singapore boleh tengok dekat page Facebook aku (kalau korang ada add aku laa) ataupun dekat Photoblog aku.
- Patutnya hari ini (20 March 2011), team futsal amatur aku ada join game Heart for Islam 2011. Ntah macam mana pengurusan H4I ni boleh terlepas application team aku. Banyak lah kelemahan game anjuran H4I ini. Roomate aku dah cerita, so malas lah aku nak cerita banyak pasal benda ini. Sebab dia yang menguruskan hal application team Machete FC send dengan Person In Charge (PIC) H4I tu. Nak baca? Tengok entri roomate aku ni senang jer.
- Semalam (19 March 2011), aku baru sahaja selesai lab Manufacturing aku. Aku buat welding pulak minggu ni. Serius hasil welding aku hodoh nak mati. Haha. Mungkin pertama kali. Tapi memang hodoh yang amat. Malu dibuatnya. Haha. Lathe jugak yang terbaik. Tabik dekat lathe. Nak tengok gambar? kat bawah tu aku letak. Amatur habis.
- Esok aku ada presentation. Aku sangat benci presentation di mana aku harus berdiri di hadapan, bercakap-cakap selama 4-5 minit dalam bahasa Inggeris. Aku tau laa aku fobia bercakap dengan orang ramai. Mesti sucks habis punya. Aku rela menulis karangan 500 patah dari aku bercakap di hadapan. I'm not not type of person macam politician boleh bercakap di hadapan. Presentation apa? Islamic Studies research assignment aku. Tajuk? Facebook. Haha. Dah laa aku ni gila Facebook sedikit walaupun Facebook dah tak cool macam Twitter. So, cuba jer laa esok. Tengok lah macam mana. Hmmm.
p/s 1 - Aku tergelak dengar cerita mak aku yang dia baca blog aku ni. Dia cakap penulisan aku macam penulisan buku. Ye laa. Dah mak bapak cikgu, adik pun cikgu Bahasa Melayu, mesti laa darah cikgu ada kena sedikit dekat aku kan?
p/s 2 - Kepada Momo ku sayang, Happy Birthday! Dah kontot gemok ya boh nak nakal-nakal embak geng masok rumah dan berjimba-jimba. Cuba bersenam sikit. Hehe.
No comments:
Post a Comment