Now playing Starfucker - Mystery Cloud
Salam Jumaat. Hari ini aku sangat bersyukur kerana hari ini aku teramat-amat relaks. Hari hujan pun menimpa bumi Tronoh menambahkan kebahagian di dalam hati sanubari. Walaupun hari tak berapa nak mendung, tapi hujan yang turun membuatkan aku berasa sejuk dan kepala pun tak berapa nak tension. Oh yeah.
It's true. Bila cuaca panas, kepala aku makin serabut memikirkan pelbagai benda yang bermain difikiran. Tambahan lagi dengan rambut aku yang panjang dan semakin menebal ni, memang makin pening jika hari panas. Assignment? Semua dah dihantar tepat pada masanya. Syukur Alhamdulillah. Just I have one more test next week on Tuesday. Manufacturing lab? No lab this week. My weekend is back baby. Hehe.
Tapi satu perkara yang agak menyedihkan ialah jari aku hampir cedera parah (taklah parah mana pun) semalam akibat bermain futsal. Eh. Aku tak main pun. Aku duduk dekat tepi padang jer. Bola tiba-tiba terbang kena ibu jari kanan aku. Tapi tak apa. Jari aku dah semakin pulih. Lepas sapu cream Sloan, jari aku dah lali dengan kepanasan cream tersebut maka jari aku pun bertambah sihat. Esok lusa baiklah agaknya.
Agenda minggu ini? Entahlah. Aku rasa petang ni aku nak berehat. Nak pergi gym pun jari kanan sakit nak angkat dumbell macam mana? Petang ini aku habiskan masa untuk berehat sepenuhnya. Jikalau ada futsal, aku pergi main laa. Futsal is everything man. Itu sajalah hiburan aku di UTP ni. Nak pergi Ipoh, duit belum masuk lagi.
Oklah. Tu je laa nak tulis. Lack of idea nak menulis post yang berguna untuk masyarakat. Akhir kata, selamat hari Jumaat dan I hope your weekend gonna be great. It's fun fun fun! Bye!
No comments:
Post a Comment