Sunday, February 6, 2011

Melaka Trip 2011 - Banjir laa konon nya tek

Salam dan selamat Ahad. Baru hari iniaku ada masa nak update blog aku ni sebab aku berasa sangat penat beberapa hari ini. Orang bercuti rehatkan diri tapi aku memenatkan diri. Aku peduli apa janji aku gembira. Ni aku nak update sedikit pasal trip aku dan kawan2 ke Melaka. Oh Yeah!

Apa ada kat Melaka?
Melaka best ke?
Melaka bukan banjir ke?
Melaka ada makanan sedap tak?


Itu lah persoalan yang aku dengar dari mulut beberapa orang rakan-rakan aku tentang Melaka. Aku selaku wakil persatuan BSB yang suka membazir duit *mungkin aku sorang je kot* memang suka melancong tak tentu pasal ni. Bak kata orang *ada ke?*, "Money can't buy happiness". Betul ke tak tapi aku memang berpegang dengan kata-kata di atas. Hidup mesti ada life bukan?
Trip di pada asasnya aku, Haziq dan beberapa rakan-rakan yang lain yang mencadangkan pemergian kami ke sana. Sebab? Kami cuti Chinese New Year bukan nak balik rumah. Tapi kalau bagi tiket balik rumah, aku memang nak balik rumah. Haha. Cuti kanak-kanak UTP bukan nya banyak, 4 hari saja. Nak dibandingkan dengan universiti yang lain, memang jauh panggang dari api laa jumlahnya. Setelah sepakat, kami pun mengatur plan kami ke sana. Dibawah ini aku sertakan tugas-tugas kami sebagai pelancong yang berwibawa :
Project Manager/Driver 1
  - Haziq Haron
Financial Manager/Driver 2
- Ahmad Zakwan
Logistics/Contact Person
- Awangko Arshaduddin
Pengikut Tegar
-Hazman Mahli
-Emir Ismail
-Awg Shzryn (UIAM, Gombak)
-Arrazi Tarmizi (UiTM, Perlis)
-Azizi

Semua plan mesti diatur dengan terperinci lebih-lebih lagi tugas aku sebagai pengatur kewangan. Duit mesti ada kalau nak join plan ni. Kalau tak ada duit, semua tak boleh jalan. Betul tak? Setelah membuat pengiraan, kurang lebih budget seorang hanya RM 150+ *tidak termasuk makanan dan barang-barang yang korang
nak beli*. Budget ini termasuk laa sewa kenderaan, caj homestay, tol perjalanan dan minyak kereta. Ok tak budget yang aku buat? Jauh tu perjalanan.

Kronologi Perjalanan ke Melaka

Rabu - 02.02.2011

Kami start bertolak pada petang Rabu setelah semua orang habis kelas. Nak permudahkan perjalanan, Arrazi datang ke UTP pada malam Selasa dan bertolak bersama kami pada hari kejadian. Awg dan Azizi akan menaiki KTM dari KL ke Seremban dan kami akan berjumpa di Seremban. Jimat sedikit wang perjalanan. Kami start perjalanan pada jam 1400 dan tiba di Seremban pada jam 1800. Kami bertolak dari Seremban ke Melaka selepas itu dan tiba di Melaka pada jam 2030. Perjalanan kami agak lambat kerana mencari jalan dan berhenti di RNR yang disediakan oleh pihak PLUS.

Setibanya kami di Melaka, kami terus pergi ke homestay yang kami sewa dan selepas itu kami pergi ke rumah Nape, roomate Hazman kerana beliau mengajak kami makan di rumah beliau. Oh. Jimat lagi duit makan. Hehe. Selepas itu kami pun kembali ke homestay dan berehat untuk perjalanan jauh keesokkan harinya.

Khamis - 03.02.2011

Pada hari kejadian, kami memulakan perjalanan kami yang serba best dan ruget, menaiki 2 buah Kancil dan pergi ke beberapa tempat yang menarik. Antaranya adalah A Famosa, Bangunan Stadhuys, Muzium Samudera, Muzium TUDM, Menara Taming Sari dan macam-macam lagi. Disini aku nak post beberapa gambar yang berkaitan dengan perjalanan kami.


Before perjalanan bermula

First stop : Bangunan Stadhuys




Second stop : Menara Taming Sari

Third stop : Muzium Samudera



Fourth stop : Muzium TUDM





Fifth stop : A Famosa


Yang di atas gambar waktu siang. Pada malamnya, kami makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Umbai. Oh yeah sangat sedap tapi gambar makanan tak ada. Gambar before makan saja yang ada.


Sixth stop : Medan Ikan Bakar, Umbai

Jumaat - 04.02.2011

Pada hari kejadian, kami semua pergi ke Melaka Wonderland untuk bermandi-manda. Oh yeah. Walaupun semua muka mengantuk, maklum pada malam selepas makan ikan bakar semua malas nak tidur, main kad dan macam2 lagi. Gambar sedikit saja sebab nyawa nak mandi lebih tinggi dari bergambar.



Seventh stop : Melaka Wonderland

Selepas mandi manda. kami pun terus pulang ke UTP. Memang memenatkan. Namun semestinya happiness to the MAXX! Semoga kita berjumpa lagi di lain aktiviti. Mungkin aktiviti seterusnya Pulau Redang/Pulau Perhentian. BSB get ready!


End stop : Seremban KTM Station. Anta Awg Shzryn pulang.

p/s 1 - Next entri aku akan cerita tentang satu entri yang berbaur serius. Harap ambil peduli

p/s 2 - Pulau Perhentian or Redang akan dibincang bersama-sama. Apa macam? Ada bran nak join? :)


No comments: