Al-kisah bermulalah kisah. Aku bangun pagi *ke tgh hari* jam 1230. Pastu mandi dan pegi makan dengan Afiq, Zahid & Emir. Gembira kan. Tidur cukup, makan pun agak kenyang. Lepas tu bukak cimbclicks yang beberapa hari asyik menganjing dengan aku dan aku check duit PETRONAS dah masuk. Lagi laa aku gembira. Gembira tak terhingga sebab duit masuk. Siapa tak suka duit masuk sini aku pecah muka korang. *maaf emo sikit*
Aku dah cakap dengan Haziq kalau duit masuk, aku nak keluar pegi Ipoh nak tengok wayang. Haziq bangun jam 1400 terus kol abg sewa kereta dan kami bertolak ke Ipoh pada jam 1500 bersama-sama Awangko. Oh gembiranya. Sampai di Ipoh, kami beli tiket The Green Hornet 3D jam 1900. Ok setel. Tiket pun ada. Tambah lagi satu kegembiraan. *korang boleh start kira tahap kegembiraan aku sekarang* Kami pergi ke Tesco sekejap dan membeli barang-barang keperluan sedikit contohnya uncang teh, kole besi, biskut dan bakul sampah. Ada lagi laa. Tapi aku xingat apa.
Dah dapat semua barang, aku pun pegi tengok wayang. Serius best dan lucu. Walaupun cerita superhero ni jarang yang lucu, tapi memang bergaya. Puas aku gelak terbahak-bahak melayan cerita tu. Haha. Seth Rogen memang kelakar & Jay Chou memang layan cool jadi Kato lakonan Bruce Lee dahulu kala. Haha.
Ni part berita tak best. Lepas selesai wayang, aku pun keluar laa dari hall wayang tu. Dah sampai luar aku tersedar handphone E63 aku hilang. Aku ingatkan tercicir, jadi aku pun berlari pergi balik ke hall tu. Aku tanya dengan orang jaga hall tu ada jumpa handphone tak? Dia cakap tak jumpa. Aku tak puas hati, aku pergi cari. Tanya dengan orang yang kutip-kutip sampah, dia cakap tak jumpa. Tapi aku macam pelik sikit. Bukan nak tuduh ke apa, just curious. Macam pekerja-pekerja situ macam buat rilek jer. Masa aku cari tu diorang bukan nak tolong, tlolong tengok ada laa. Lepas cari tak jumpa aku pun keluar. Aku tengok muka sorang-sorang, semua macam tak nak tengok muka aku. Entahlah kan. Aku curious jer. Mula-mula masuk macam diorang sembang-sembang, lepas aku masuk cari, tiba-tiba diam. Hmm.
Rosak terus mood aku hari ini. Sial. Boleh kira berapa tahap kegembiraan aku.
Bangun lambat + Kenyang makan + Duit masuk + Keluar ipoh + Tiket wayang dapat + Barang keperluan selesai dibeli + Wayang best + HANDPHONE HILANG = MEMANG LAH HIDUP MACAM CELAKA
Memang rosak mood aku tadi. Rosak sial. Celaka betul. Aku guna phone tu baru tahun lepas. Condition memang sihat walafiat. Battery boleh tahan 2-3 hari walaupun aku kuat kol & mesej orang. Shit man. Aku makan McD lepas wayang memang tak lalu makan. Big Mac tu aku makan medium jer. Tu pun fries tak habis. Tak habis lagi cerita. Punyalah bodoh aku try laa call handphone aku yang hilang tu ada pulak bunyi tapi ada orang letak call aku. Sial tol. Aku call lagi dia terus letak handphone. Makin laa aku panas hati.
Dah nasib aku kot. Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana. Hmm. Terbang laa duit aku. Nak rescue simcard kena pergi hari selasa. Isnin aku busy kelas sampai pukul 4. Aku harap orang tu tak buat apa-apa dengan phone aku. Aku harap laa. Plan CNY pun guna duit jugak. Seriously FML.
Maaf. Entri ni agak emosi. Tapi aku dah tak tahu nak buat apa. Share kat sini jer laa. E63 aku tu memang penuh dengan nilai sentimental value. Agak laa, aku bawak naik bukit merah, naik Gunung Gading, Gunung Santubong dan macam-macam lagi. Baru sikit tu. Adoi. Nasib badan.
p/s 1 - Serius aku memang dah sengkek sekarang. Aku harap orang yang ambil phone aku tu kontek laa sesiapa yang ada dalam contact list aku.
No comments:
Post a Comment