Thursday, January 27, 2011

Subject Review

Salam semua. Dalam entri kali ini aku nak buat review sikit. Review pasal subjek yang aku ambik semester ni. Sepanjang 4 hari dalam minggu ni aku rasa kehidupan aku sangat kosong sikit laa. Sebabnya aku tak ada kerja rumah atau orang putih cakap assignment nak dibuat. Nak buat apa, semua kelas yang aku hadir semua intro class. Cakap pasal course outline. Standard laa semua tu. Semua universiti buat semua tu agaknya.

Semester ni aku ambik 5 subjek. Subjek ni semuanya keras-keras belaka. Macam susah nak score tapi akan aku usahakan. Antara subjek yang aku ambik semester ni adalah seperti berikut *macam budak sekolah baca ikrar pulak* :

  1. MBB 1043 - Dynamics
  2. MBB 1032 - Manufacturing Technology
  3. EBB 1123 - Vector Calculus
  4. MPW 2143 - Islamic Studies
  5. TBB 1073 - Structured Programming & Database
Jumlah credit hours yang aku ambil semester ni dalam 14 credit hours. 14? Sikit kan? Salu macam orang ambik 16 ke atas. Malas aku nak cerita panjang pasal credit hours ni. Yang aku boleh cakap minimum credit hours seorang student UTP boleh ambik dalam 1 semester adalah 12 credit hours. Ini yang dinyatakan oleh kakak dan abang dekat registrar bagitau aku dan Afiq tadi dan aku tak nak ambik tahu apa consequences kalau aku ambik kurang dari 15 credit hours 1 semester. Ada orang cakap kalau dapat 3.5 GPA, pointer tu tak dikira sebagai Dean's List. Agaknya 3.6-3.7 GPA baru diiktiraf Dean's List kot kalau ambik kurang dari 15 credit hours. Ada yang cakap subjek yang aku ambik semester ni tak diiktiraf terus sebab tak ikut "piawaian" yang baru digubal baru-baru ni. Aku mana laa reti benda-benda ni. Orang tukar, aku ikut jer.

Ok. Habis sudah mengomel pasal credit hours, aku nak buat review pendek sikit. Aku sebagai student Mechanical Engineering yang berwibawa *cheewahh* kenalaa ambik subjek-subjek di atas dalam semester ni. Boleh je nak tarik subjek lain tapi semua dah full. Ambik je laa subjek-subjek wajib.

MBB 1043 - Dynamics

Kalau tak silap aku, subjek ni diajar oleh Dr. Zaki (1st 1/2 semester) dan Mr. Azman (2nd 1/2 semester). Dari apa yang aku tengok, beliau seorang yang berpengalaman dalam subjek ni. Subjek ni macam best di belajar tapi tak tahu lagi laa. Walaupun beliau mengajar agak laju, tapi setakat ni boleh laa catch-up sikit2. Maybe intro class ok tapi tak tau laa nanti macam mana. Dynamics ni belajar pasal benda yang bergerak. Macam dulu, kami belajar Statics by Dr. Azmi pasal benda yang statik, tak bergerak but kali ni belajar laa benda yang bergerak pulak. Lecture 3 jam seminggu dan 1 jam tutorial.

MBB 1032 - Manufacturing Technology

Kelas ni agak menarik. Study about material dan how to handle it. Amat menarik. Amat menarik sampai lab hands on pun dari jam 0800-1700 setiap Sabtu. *clap2* Lecture 2 jam, briefing before lab 2 jam dan lab hands on setiap Sabtu. Lecturer kami Dr. Patthi. Baru masuk kelas sekali dan lab session will commence after CNY holidays.

EBB1123 - Vector Calculus

Haaa. Yang ni best. Aku memang suka benda kira-kira ni tapi tak pernah dapat A mahupun A- setiap semester. Haha. Di ajar oleh Mr. Pandian. Lecturenya agak lucu walaupun beliau bukan nak buat lucu. Tapi aku tak paham sangat walaupun dah 2 kali datang kelas. 1st class ok lagi, 2nd class agak blur sebab lecture notes yang beliau gunakan kurang clear di mata aku yang cerah tanpa perlu menggunakan kaca mata ni. Ni maksudnya kena fokus lagi.

MPW 2143 - Islamic Studies

Alhamdulillah. Aku dapat Ustaz Abd Ur Rahman sebagai lecturer kami dalam subjek ni. Beliau pernah mengajar kami dulu time foundation. Kelas beliau sangat best dan beliau sangat cool dan baik hati. Tetapi aku belum masuk lagi kelas beliau kerana beliau tiada dar 24-26 Januari. So, takleh nak buat review. Sorry. Hehe.

TBB 1073 - Structured Programming & Database

Yang ni macam aku dah belajar time foundation dulu tapi yang tu masa semester 2. Ni dah 2 semester (3rd semester foundation + 1st semester undergraduate) tak bukak program C++ harap dapat ingat skill yang dahulu. Time foundation dulu agak cemerlang laa C++ ni. Kali ni tak tahu lagi. Tengok dulu laa macam mana. Tak boleh nak bagitau dulu.

Ok. Tu je review yang aku boleh bagi. Baru 4 hari masuk kelas nak bagi review pun tak tahu macam mana. Esok ada baki 2 kelas lagi dan aku belum ada record tak datang kelas lagi semester ni. Target nak keep clean record kehadiran sama macam semester lepas. Oh yeah. Terima kasih dan selamat malam!

p/s 1 - Aku dah ada header baru dah. Simple but nice. Hehe.
p/s 2 - CNY holidays ada 4 hari je. Orang lain seminggu. Even sekolah mak aku lagi seminggu. Nasib badan.
p/s 3 - Ada plan tak CNY ni? :)

1 comment:

atlysha said...

Hey you're a UTP student! I was accepted into UTP too, but I didn't go. Anyway, how's the Islamic Studies class? I'm about to take it this semester, so just wondering how it goes.