Wednesday, January 26, 2011

At Last

Salam semua! Aku tahu sudah lama aku tak menulis sesuatu di blog aku yang simple ini kerana terdapat aku ditimpa kecelakaan internet di UTP. Semenjak aku datang ke UTP pada 22 Januari 2011, Sabtu yang lalu, aku memang tidak boleh menggunakan internet. Sehingga hari ini baru aku dapat menggunakan internet.

Mengapakah internet tidak dapat digunakan di UTP?

Menurut dari sumber-sumber yang dipercayai, UTP menghadapi problem dari Internet Service Provider Jaring dan pihak ITMS sudahpun (agaknya) menyelesaikan masalah ini. Hari ini nampaknya internet kembali sihat. Speed pun agak ok. Nak kata laju, tak lah laju sangat. Bolehlah sekadar nak bukak Facebook, Twitter dan Blogger. Kalau beberapa hari yang lepas, sememangnya internet di UTP menjadi sumpah seranah pelajar-pelajar UTP. Mana tidak, internet sajalah entertainment pelajar-pelajar UTP. Nak keluar Ipoh, duit pun belum masuk lagi. Mana nak cari duit? Korek tanah? Haha.

Dipetik dari Twitter roomate aku, Nasih Saifullah

Update dari Universiti Teknologi Petronas, Tronoh?

Sepanjang beberapa hari di UTP ni, aku rasa lah baru sehari jer hari panas (seperti biasalah, panas UTP) tetapi sudah beberapa hari, mendung dan hujan jer. Tak tahulah. Bukan aku yang control whether. Semua kerja Allah. Aku suka jugak mendung, hujan ni. Sejuk sikit duduk dalam bilik. Kalau panas, konfirm berpeluh-peluh laa dalam bilik. Haha. Kepanasan jugak menjadi salah satu sebab sumpah seranah keluar dari mulut pelajar UTP selain internet. Hehe.

Bilik aku?

Sekarang aku dah pindah bilik. Bilik yang lama tu aku malas nak cerita. Yang aku boleh sampaikan, semuanya disebabkan kelemahan sistem komunikasi pihak atasan dan pelajar UTP.
Aku kini berada di V3A-F2-6. Hehe. Maju x? Korang budak kecik duduk V1 dan V2 dah. Haha. Just kidding. Tapi dalam hati sanubari aku, aku memang suka lagi duduk dekat V1B. Bilik di V3 agak kecil berbanding V1. Almari apatah lagi. Besar lagi almari aku di V6 dulu. Tapi yang bestnya bilik aku ada tile. Meja pun besar, boleh letak printer, kipas meja, laptop dan speaker aku. Katil dan tilam memang superb. Tebal yang amat. Nak pegi kelas either Pocket C or Pocket D memang dekat. Tetapi masalah aku nak pergi bank dan pergi masjid untuk solat Jumaat ada susah sikit. Jauh. Kena naik motor laa. Baru nak jimat-jimat minyak sikit. Hehe.

Tapi alhamdulillah, ada jugak bilik. Aku ada beberapa housemate tapi mostly semua budak Final Year. Ada satu bilik budak sama semester dengan aku tapi course lain. Tak kenal sangat pun. Dekat house aku ni ada dapur dan peti sejuk. Boleh laa letak air sejuk dalam tu. Merasa laa jugak air sejuk dekat bilik. Hehehe. Di bawah ni aku sertakan beberapa gambar bilik aku.

Pintu bilik aku.

Katil yang serba nyaman

Meja yang serba besar dan hebat.

Almari yang super kecik

Pandangan dalam almari. Bukan bersepah, baju banyak sangat di gantung. Hehe.


Yang ni dapur dekat house aku.

Jalan ke kelas aku hari-hari. Dekat tak?

Pandangan luar tingkap aku.

Sampai di sini saja aku dapat kongsi. Pasal kelas aku laa. Sebab kelas pun belum dapat nak bagi review kan? Baru 3 hari. Hehe. Baiklah. Terima kasih kerana membaca. Sila komen-komen apa yang patut. Hehe.

p/s 1 - Gambar guna kamera phone jer. Malas nak bukak DSLR aku. Letih dan berat.
p/s 2 - Aku rindu dengan Momo. Janganlah engkau hilang nanti aku balik.


No comments: