Monday, February 7, 2011

Kecelakaan Kuasa Dua

Salam. Hari ini kelas aku habis awal sebab lab aku cancel dan perlu diganti. Aku tak kisah sangat sebab aku sangat penat. Sampai kelas Manufacturing Technology pun aku dan tertidur-tidur. Esok ada quiz, so buat bodoh je laa. Dah laa kuiz Dynamics tadi satu apa pun tak tahu. Buat bodoh lagi. Tu lah buat pasal lagi. Ada masa kosong kat bilik, pegi masak hotdog, main facebook, main blogger laa.

Ni aku nak cerita satu kes bodoh yang berlaku dekat aku. Aku agak hairan dengan keadaan aku setakat ni. Memang hairan. Aku nak tanya korang, 

Pernah tak ada hilang barang? 
Barang penting? 
Berturut-turut? 
Ada tak?

 Kad ATM CIMB 
Credit : Photo

Merujuk pada post aku before ini, aku kan baru kehilangan handphone yang aku paling sayang. Ni ada cerita baik punya aku nak bagitau kat korang. Memang serius celaka betul hidup aku. *astaga* Bukan nak kata apa, musibah menimpa selalu sangat ni bahaya jugak. Memang musibah ni mengajar kita erti hidup, tapi macam dah menyusahkan kehidupan aku dah ni. Aku pun dah panas dah ni.

Korang pernah hilang kad ATM bank? Benda sekeping tu aku pun boleh hilang. Macam mana hilang aku pun tak tahu. Memang bodoh laa. Aku tak pasti aku misplaced ke apa tapi memang agak bodoh laa kehilangan benda penting macam tu. 

Ceritanya bermula semasa hari kedua aku di Melaka. Kami pergi ke CIMB Bank kat bandar Melaka tu nak cucuk duit beramai-ramai. Lepas tu aku dapati duit aku macam banyak aku masuk balik kat cash deposit tu. Dah settle masuk duit, aku ambik resit lepas tu aku terus berlalu pergi untuk enjoy. Kisah enjoy boleh dilihat kat link ni.

Lepas pada malam tu, aku nak cucuk duit lagi cek-cek kad tak ada. Macam tertinggal kat kereta so buat bodoh lagi. Cucuk je guna kad Bank Rakyat yang berbaki sedikit jer. Asal ada duit tak kisah lah. Enjoy punya enjoy sampai kat kereta cek-cek kad hilang. Aku mula laa start tak ada mood nak enjoy lagi. Ye laa. Aku bukan tak ada duit, tapi tak dapat guna. Apa rasa korang kalau korang ada RM 1000000 dalam bank, tapi tak dapat keluarkan walaupun RM10. *bank mana nak bagi keluar RM 0.01 kan?*

Aku baru teringat, cash deposit machine tu keluar resit dulu, baru keluar kad. Memang "sistematik" system korang tu. Serius aku puji. Aku nak buat apa? Maybe aku cuai. Maybe aku terlupa dengan "kecanggihan" sistem cash deposit machine tu. Aku dah call CIMB Customer Service cakap kad aku hilang dan pihak berkenaan block aku punya kad ATM dan CIMBClicks aku. What to do? I'm broke for the time being.

Serius sekarang aku redha jer apa yang dah jadi. Nak buat macam mana? Benda dah jadi. Nak marah pun tak guna. Tengok laa esok. Nak pergi bank CIMB terdekat pun kena pergi Batu Gajah. Hmm.

p/s 1 - Mesti berhati-hati lain kali. Pastikan barang semua ada dahulu sebelum berambus meninggalkan tempat berkenaan.
p/s 2 - Handphone baru mesti ditangguh dahulu. Hmm. Adakah ini satu pilihan yang bijak?

No comments: