Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Holidays Gonna End

Salam. Lama sungguh aku tak update blog dengan benda-benda yang tak berapa nak datangkan faedah. Ye laa. Asyik keluar jer. Cuti aku dah nak habis dah. Actually dah lama habis, aku saja jer nak extend cuti aku. Lama baru balik kan. Hehe.

Antara aktiviti yang aku lakukan selama aku berada di Kuching ini adalah futsal, wayang & anything else. Makanan? Aku rasa cuti ni paling berbaloi. Sebab semua makanan sedap aku dah cuba.

Mee Kolok, done. 

Nasi Ayam Penyet, done. 

Laksa Sarawak, done. 

 
Mee Jawa, done. 

Oh yeahh! Mee Belacan jer aku tak sempat nak rasa. Aku tak kisah sangat sebab Mee Belacan paling sedap adalah pada hari raya di rumah Shafrieza. Your mom's Mee Belacan rocks my world man. Haha.

Futsal, aku agak gembira kerana futsal di Kuching pada cuti kali ini amat bermakna. 1 game with Aichi FC, 1 game with Brooke Dockyard crew and 2 games with good old friends. Machete FC, be ready. Kita akan gegarkan UTP this semester.

2-3 hari ini aku asyik keluar dengan Eyka jer. Ye laa. Bukan selalu beliau menjenguk Kuching. Yang paling best, bapak aku takde kat rumah so kereta adalah, Takde masalah untuk kami berjalan-jalan dan membeli barang yang aku nak bawak balik.

Wayang? Ohh. Selama aku dekat Kuching ni, rasanya dah 4 wayang aku tonton. Kongsi, Pirates of Caribbean : On Stranger's Tide, Insidious dan paling latest sekali pagi tadi, Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom. Kung Fu Panda memang tidak pernah menghampakan aku dengan jenaka yang berpanjangan. Jack Black, you rock my world too!

I will going back to UTP this Saturday. Oh hell. Going back to the so-called desert is a must because I need to gain knowledge for my 2nd year 1st semester. Urgh. Stuff aku nak bawak balik semua aku dah beli. Penuh laa bag aku. Tapi aku rasa tak banyak kot. 1 bag Deuter dgn 1 kotak kek lapis. Ok laa kot. Naik Malaysia Airlines, konfirm takde masalah.

Tu jer laa kot aku nak share. The best place to celebrate your holidays is your own hometown. It's true man. Everything seem to be normal around here. That's all. Bye. See you guys again KCH PPL. It has been a great time with you guys! :)

p/s 1 - Motorsikal aku baru jer hilang beberapa hari yang lepas. Shit dude. RIP Jaguar.

Monday, May 16, 2011

Cuti So Far

Hai dan salam sejahtera aku ucapkan. Hari ini dah masuk hari ke-4 aku di Kuching, Sarawak dimana hati aku berada. Haha. Sorry sebab jarang update sebab aku busy sangat berjalan dengan rakan-rakan aku. Ye laa. Dekat 5 bulan tak bertemu, dah bertemu mestilah banyak aktiviti ganas akan berlaku.

Kat bawah ni aku listkan beberapa summary aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti aku di Kuching.
  1. Hari Jumaat. Kalau tak silap aku, pagi tu aku dah kena culik pergi makan Laksa Sarawak. Perghh. Tu laa favourite food aku di Kuching. Laksa Sarawak terbaik aku rasa dekat Mom's Laksa berdekatan dengan Was Corner dekat Ko-Perkasa, Astana. Serius terbaik. Lagi-lagi kalau Laksa Sarawak Special. Petang sedikit aku pergi karaoke dengan adik aku. Penat gak laa menyanyi lagu tapi semestinya kalau aku dengan kawan-kawan aku menyanyi, semestinya menggegarkan K-Box Embassy di Spring, Kuching. Haha. Tak habis lagi perjalanan aku, malam tu pulak aku diculik sekali lagi oleh Peak dan rakan-rakan untuk bermain Left 4 Dead 2. Survival Mode sure layan. Ya'll should try. 
  2. Hari Sabtu nya pula, aku dan rakan-rakan pergi ke Pantai Kem Permai. Tapi hari tu agak menghambarkan kerana ombak yang sedikit dan time aku pergi tu pun hari panas nak mati. Tapi, aku pergi berendam dekat kolam atas Kem Permai tersebut. So, sejuk laa jugak. Haha. Lepas tu aku berehat di rumah sampai ke malam.
  3. Hari Ahad pula aku diculik buat kali ke-3. Ke mana? Ke majlis akad nikah rakan sekolah aku. Demm. Kawan aku dah bernikah dah. Serius best. Aku yang old school ni pun belum bernikah lagi. Tahniah di ucapkan kepada Amir Hasif dan isteri beliau. Semoga berbahagia ke anak cucu. Hehe. Tengah hari tersebut, aku dan rakan-rakan pergi menonton wayang cerita Kongsi. Cerita ni agak menarik dalam bahagian aksi dan lawaknya. Tetapi bahagian cerita agak menghambarkan. Aku tak tahu apa disebalik cerita Kongsi tersebut. Yang aku tahu, Lu Langsi, Lu Mati. Hahaha. Malam pulak aku bermain futsal dengan rakan-rakan Aichi FC. Pergh. Seronok sungguh. Memang layan bermain dengan kawan-kawan lama. Hehe. 
Tu jer kot aku nak update. Tak tahu nak update banyak-banyak. Gambar-gambar berkaitan akan menyusul kelak. Adios.

p/s -  Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di SK Matang Jaya, Kuching dan Kolej DPAH Abdillah, Kuching. Tanpa mereka, siapalah aku. :)

Friday, April 22, 2011

Graduation Day : It's kinda late but I made it!

Salam Jumaat semua. Bersempena hari Jumaat yang gembira ini, aku nak buat next entri aku tentang Hari Graduasi Asasi aku minggu lepas. Boleh tengok entri aku yang lepas ye. Entri ni berkaitan dengan hari kejadian. Mungkin ramai dah bercerita tentang Hari Graduasi ni. Aku jer yang lambat. Sebab apa?

Minggu ni jer aku ada 3 test. Yes. 3 test. Aku kena study benda yang dah lama aku tak study sebab aku before ni memang tak pernah study apa-apa jikalau ada masa lapang. Haha. Penat gak laa buat semua test. Finals pun dah dekat. Need to study more in order to success. Hehe.

Berbalik kepada entri ini, aku datang dengan rakan-rakan BSB aku. Semua janji nak datang. Dari apa yang aku tengok pada hari kejadian, Memang ramai yang tak hadir. Ye laa. Maybe mereka agak sibuk dan masa yang ditetapkan untuk Hari Graduasi ni memang tak sesuai. Sebab apa? Agak-agak laa semua orang busy dengan test, study final, assignment di hujung-hujung. Mana laa nak datang. Aku ni sebab banyak sangat masa terluang kot. Tu sebab aku datang jer. Bukan selalu ada hari-hari macam ni. Salam dengan Rektor kot. Bila korang nak salam dengan beliau? Time sembahyang Jumaat? Haha.

Malas aku nak cerita banyak, tengok jer laa aku gambar-gambar di bawah. Enjoy people!




 Dari kiri: Hazman, Haziq dan Afiq

 
  
Kami pun mahu bergambar secara serius

 

Aku dan Afiq



BSB Mechanical Engineers May 2009 : Hazman, Me, Haziq and Afiq

(credit to Afiq for this picture)


Family Mechanical Engineering May 2009
Boys (dari kiri): Fazli, Nas, Ajieb, Dido, Muih, Jimey, Shahir, Mokri, Razi, Aku, Habib, Afiq, Haziq & Hazman
Girls (dari kiri) : Athiyatul, Aimi, Faiqah, Noly, Fadhilah & Qistina
(credit to Shahir for this picture)

Sunday, April 3, 2011

Situasi Rakan di Kuching

Lama dah tak tulis post pasal rakan-rakan aku dekat blog ni. Ye laa. Diri pun tak terurus sangat, ni lebih-lebih pulak nak nak tahu hal orang lain. Tapi kami kan sahabat karib. Mesti laa nak tahu satu sama lain apa yang terjadi currently kan?

Pada bulan lepas, tak laa lama sangat. Hujung bulan lepas kot (26 Mac 2011), aku ada post satu status dekat Facebook nak tanya apa yang rakan-rakan aku buat sekarang. Di sini aku sediakan print screen status Facebook tersebut. 




  Click to enlarge

Memang aku sengaja tag diorang ni. Kalau tak tag, memang takde nye korang nak baca status aku. Haha. Saja nak korang alert sikit. Hehe. Antara reply yang positif yang aku dapat adalah:

 Reply 1 : Khadjiah Hajon

 Reply 2 : Abg Mohd Shafiq

Reply 3 : Jam Yuri

 Reply 4 : Rashidah Suria
 
Berdasarkan apa yang sahabat-sahabat aku katakan, mereka memang busy dengan kerja masing-masing. Quiz, test, assignment dan report jadi peneman hidup sekarang. Bukan nak cakap mereka tiada teman hidup, ada. Hehe. Tapi teman rapat masa kini adalah kerja-kerja yang diberikan oleh lecturer mereka.
Aku pun macam mereka jugak. Seriously sama. Tapi aku rasa aku malas lagi agak nya. Sebab? Credit hour aku semester ni 14 credit jer. Setahu aku, hampir semua rakan-rakan aku mengambil lebih dari 16 credit 1 semester. Macam mana aku boleh jadi malas ni? MasyaAllah.

Dengan Dynamics dan Vector Calculus yang entah ke mana. Tengok jer laa rakan aku Peak, siap ambik Solid Mechanics + Dynamics. Aku solid pun belum ambik. Apa ke cer? Mereka memang berhempas pulas nak survive semester ni. Serius aku kagum. Aku yang dah diberi pelbagai kemudahan pun masih bersifat kemalas-malasan. Malu dibuatnya. Huhu.

Jadi, pada hujung penghabisan semester ini, aku harus menjadi lebih rajin. Jangan banyak membuang masa. Selamat berjaya ditujukan kepada rakan-rakan aku di Kuching sana. Semoga mendapat result yang membanggakan.  
 
Good Luck and All The Best!

p/s 1 - Gunalah Facebook dengan sebaik-baiknya. Semestinya Facebook tempat untuk kita berinteraksi dengan rakan-rakan yang berjauhan dengan kita. 

p/s 2  -  Final is just around the corner. So, better start now than never. *reminder to myself*

Sunday, March 20, 2011

Update So Far

Salam dan selamat tengah hari. Hari ini baru aku terdetik nak menulis sesuatu dekat blog kudus ini. Saja nak memberitahu update yang aku lama tak nyatakan di sini. Hari yang panas ni best jugak aku exercise menulis sedikit kan. Antara update-update dari aku pada kali ini:
  • Mid sem break yang lepas (9-12 March 2011) aku dan rakan-rakan aku ikut Media Tour 2011 anjuran Medtech UTP Club ke Singapore. Serius best. Al-maklumlah, aku ni belum cukup kaya nak ke luar negara. So, Singapore is the starting point lah. Banyak benda yang aku kagum dengan Singapore. Bandar yang bersih dan teratur, pelbagai tempat yang menarik, trafik jalan raya yang agak berdisiplin dan pelbagai lagi. Memang aku kagum sangat. Tapi, itu negara orang. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Walaupun aku enjoy di Singapore, aku tetap suka negara Malaysia yang tercinta. Gambar-gambar di Singapore boleh tengok dekat page Facebook aku (kalau korang ada add aku laa) ataupun dekat Photoblog aku. 
  • Patutnya hari ini (20 March 2011), team futsal amatur aku ada join game Heart for Islam 2011. Ntah macam mana pengurusan H4I ni boleh terlepas application team aku. Banyak lah kelemahan game anjuran H4I ini. Roomate aku dah cerita, so malas lah aku nak cerita banyak pasal benda ini. Sebab dia yang menguruskan hal application team Machete FC send dengan Person In Charge (PIC) H4I tu. Nak baca? Tengok entri roomate aku ni senang jer.
  • Semalam (19 March 2011), aku baru sahaja selesai lab Manufacturing aku. Aku buat welding pulak minggu ni. Serius hasil welding aku hodoh nak mati. Haha. Mungkin pertama kali. Tapi memang hodoh yang amat. Malu dibuatnya. Haha. Lathe jugak yang terbaik. Tabik dekat lathe. Nak tengok gambar? kat bawah tu aku letak. Amatur habis.
 

  • Esok aku ada presentation. Aku sangat benci presentation di mana aku harus berdiri di hadapan, bercakap-cakap selama 4-5 minit dalam bahasa Inggeris. Aku tau laa aku fobia bercakap dengan orang ramai. Mesti sucks habis punya. Aku rela menulis karangan 500 patah dari aku bercakap di hadapan. I'm not not type of person macam politician boleh bercakap di hadapan. Presentation apa? Islamic Studies research assignment aku. Tajuk? Facebook. Haha. Dah laa aku ni gila Facebook sedikit walaupun Facebook dah tak cool macam Twitter. So, cuba jer laa esok. Tengok lah macam mana. Hmmm.
Sampai sini jer update aku agaknya. Aku nak berehat sekejap. Jam 1500 nanti nak ke bilik Afiq nak buat slide presentation. Bye.

p/s 1 - Aku tergelak dengar cerita mak aku yang dia baca blog aku ni. Dia cakap penulisan aku macam penulisan buku. Ye laa. Dah mak bapak cikgu, adik pun cikgu Bahasa Melayu, mesti laa darah cikgu ada kena sedikit dekat aku kan?
p/s 2 - Kepada Momo ku sayang, Happy Birthday! Dah kontot gemok ya boh nak nakal-nakal embak geng masok rumah dan berjimba-jimba. Cuba bersenam sikit. Hehe.

Sunday, February 6, 2011

Melaka Trip 2011 - Banjir laa konon nya tek

Salam dan selamat Ahad. Baru hari iniaku ada masa nak update blog aku ni sebab aku berasa sangat penat beberapa hari ini. Orang bercuti rehatkan diri tapi aku memenatkan diri. Aku peduli apa janji aku gembira. Ni aku nak update sedikit pasal trip aku dan kawan2 ke Melaka. Oh Yeah!

Apa ada kat Melaka?
Melaka best ke?
Melaka bukan banjir ke?
Melaka ada makanan sedap tak?


Itu lah persoalan yang aku dengar dari mulut beberapa orang rakan-rakan aku tentang Melaka. Aku selaku wakil persatuan BSB yang suka membazir duit *mungkin aku sorang je kot* memang suka melancong tak tentu pasal ni. Bak kata orang *ada ke?*, "Money can't buy happiness". Betul ke tak tapi aku memang berpegang dengan kata-kata di atas. Hidup mesti ada life bukan?
Trip di pada asasnya aku, Haziq dan beberapa rakan-rakan yang lain yang mencadangkan pemergian kami ke sana. Sebab? Kami cuti Chinese New Year bukan nak balik rumah. Tapi kalau bagi tiket balik rumah, aku memang nak balik rumah. Haha. Cuti kanak-kanak UTP bukan nya banyak, 4 hari saja. Nak dibandingkan dengan universiti yang lain, memang jauh panggang dari api laa jumlahnya. Setelah sepakat, kami pun mengatur plan kami ke sana. Dibawah ini aku sertakan tugas-tugas kami sebagai pelancong yang berwibawa :

Sunday, July 25, 2010

Last Holiday

Blog kali ini bukannya memaparkan filem Last Holiday lakonan Queen Latifah dan reviewnya. Blog saya kali ini ingin memberitahu bahawa Last Holiday yang saya maksudkan ialah cuti saya. Demm. Cuti-cuti Malaysia saya sudah pun berakhir. Hari yang bernama Ahad a.k.a Sunday bertarikh 25 Julai 2010 a.k.a July, 25 2010. Oh. Bosannya. Selepas ini hari sebagai pelajar a.k.a student Universiti Teknologi Petronas a.k.a UTP di Tronoh a.k.a Toronto akan bermula.


Last Holiday

Maka, semakin banyaklah kerja, assignments yang akan saya lihat sepanjang saya masuk program Undergraduate Mechanical Engineering di UTP. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jika saya masuk Undergraduate, tapi yang semestinya pastinya lebih susah dari Foundation Studies.

Esok, kelas sudah bermula. Adoh. Saya berasa malas yang amat untuk bangun awal pagi. Mandi lagi. Arghh. Bosan! Bosan! Bosan! Dimana kelas pun saya tidak tahu. Nasib lah esok hari.

Saya sebenarnya ingin membuat review untuk hari cuti saya. Hari cuti saya sememangnya berbaloi-baloi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Wahh. Menariknya. Saya berasa amat gembira dan bahagia yang amat ketika berada di rumah. Makanan bukan lagi masalah jika berada di rumah. Tempat tidur apatah lagi. Enjoy? Jangan cerita lah. Hehe.

Antara aktiviti yang saya lakukan ketika cuti-cuti yang terdahulu ada yang saya post di blog pusaka ini. Hehe. Tetapi sebagai review, saya nyatakan link-link nya di bawah ini supaya anda semua boleh lihat. Namun, jika tiada link nya, saya akan nyatakan di post ini. Hehe.

Di atas adalah antara aktivi yang saya lakukan ketika cuti. Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang saya lakukan ketika cuti. Antaranya ialah :

Aktiviti di atas saya link kan dari sahabat baik saya, Atiqa Askan. Terima Kasih!

Aktiviti yang saya lupa postkan di blog adalah seperti di bawah.

  • Aktiviti 13 - Teluk Batik - Marina Island - Lumut - Seri Iskandar - UTP - Ipoh
Aktiviti di atas saya lakukan bersama-sama Hazman, Asroy dan Zahid setelah kami penat menjawab soalan final Foundie Sem 3. Disini saya sertakan beberapa gambar yang boleh dijadikan pedoman hidup.


Zahid, Asroy & Hazman



Teluk Batik


Kedai di Teluk Batik



Jeti Lumut



Hazman & Asroy

Gambar di atas tidak sempat di edit kerana saya sangat penat selepas berjalan-jalan di sana. Saya juga tidak sempat publish di blog pusaka saya. Jadi, pada hari terakhir ini saya postkan sahaja ok?

Sampai di sini sahaja review saya tentang keadaan saya semasa cuti akhir semester tempoh hari. Esok sudah start klas. Maka, saya akan kurangkan on9 untuk memastikan masa depan saya cerah dan dalam kondisi yang terbaik. Doakan keselamatan saya di sini. Eh. Kejayaan saya juga. Maka, dengan ini saya merasmikan penutupan kisah cuti saya. Dengan selawat dan bismillah, saya menutup kisah cuti ini ya. Selamat Tengah Hari!


T.A.M.M.A.T

Wednesday, March 10, 2010

Bila Saya Berbicara, Anda Baca


*Let me use my own language in this blog post. I'm to lazy to think the proper words to say in English.*

Salam diucapkan kepada pelawat2 blog ku yang x seberapa tok. Entah ada entah xda org yang mok baca pa yang ku mk nulis tok sebenarnya. Tujuan utama ku menulis blog tok pada hari yang suram lagi bakal hujan pada petang hari tok adalah untuk melaporkan sebab musabab yang menyebabkan aku jarang on9 semenjak 2 3 menjak tok.

Secara pendek cerita nya, aku tok bok abis test sebenarnya. 3 igek test. Angol palak jawab test ya kowh. Dh laa susah2 jak soklan di bante nya kita. Macam aku tok ada phD mk hapal sigek2 ayat dan solution2 dalam buku pake ku belajar ya. Adoh. Test pertama ku Calculus. Aku suka Calculus tok kowh. Tapi subjek ya cam x suka aku jak. Mala jak ku try2, keceng2 mata ngan si Calculus tok suruh nya suka ngan aku. X jwak nya suka ngan aku. kali nya dh bencik ngga muka aku kali tackle2 xdpt. Xpa Calculus. Xpa. Aku lom berputus asa ngan kau gik. Haha. Kembali pada test tek. Soklan nya xjwak ok ku mok pdh. Maklum lah nya dh bencik ng aku tek. Meluat pdh nya. Xpa2. Ku tek halfway mk dpt tackle soklan2 nok kau tujukan pada aku. Tp ada jwak nak kantoi xpat jawab Xpa. Next time jak kita bertemu gik keyh? Haha. Baiklah. Next test nak berdepan ng aku ialah Chemistry. Tok bh suruh nya bencik aku, aku gik bencik ng nya. Dh laa boring. Ngantok aku ng nya. Nya merik soklan ng aku mun boleh xmk ku nerimak nya. Bagus ku tido jak. Nyaman palak tdo nak? Dah kepak lmk2 tok tdo aher jak. Berik sejam 30 soklan. Pa2 info kurang. Pa kes tok? Bes na jwak. Xmk ku ng kau eh. Nasib ku ambk Mechanical Engineering. Mun ku ambk Chemical, mok nangis aek mata darah ku kali. Next test ku Physics laa of course. Tok soalan nya boleh2 laa. Soalan pun gak 4 igek jak. Nang cun gilak laa. Dh petang ya malas2 jak. Berik gik soalan ckit. Ne x nyaman gik. Tp da jwak laa xdpt jawab. Of course laa nk? Cam aku tok pande gilak mk jwab suma soklan. Adoh2. Mun tok kadi berik takorg soalan tym takorg mk akad nikah ya mesti takorg xdpt jwab suma nk? Yahh. Gya jwak aku. Huhu. Bah2. Dah gik ngerepak sal test. Nk muntah hijo aku dgar sal test tok. Hoho.

Next khabar baik aku mk pdh laa. Result semester 2 dah kuar. Bgus jwak laa. Alhamdulillah. Tahniah jwak diucapkan kepada rakan2 seperjuangan aku yang hampir semua dpat markah bgus2. Tahniah. Berusaha gik kita tok semester 3. Hehe.

Before ku lupak. Minggu depan cuti seminggu. Mid sem. Pejam celik dah mid sem dah aku tok. Haha. Kejut jwak aku. cepat da masa berlalu. Mena jwak laa kta org, masa tok ng cepat berlalu mun kta xpnde guna nk? Nang aku tok mala buang masa polah keja2 xberfaedah, plentey bodo2, ngaco org dan lain2. Tapi pa2 hal ya nang hidup aku. gne mok polah nk? Hidup mesti ada life. Ya pegangan hidup aku. Hehe.

Hmm. Mun dah da cta happy, mesti da cta sedeh nk? Aku tok eran jwak lah. Ntah da org baca blog aku tok kah x? Tok contoh jak lah. Kkya Facebook aku xda org kaa mk nulis pa2 rh wall aku? Tok contoh sgek gik lah. Ku ngga org lain rami jak org nulis pa2 rh blog, rh wall cdak. Cam best jak berkontek ng kawan2 lamak mahupun yang baru. Aku tok entahlah. Mok ku ngepak sorg2 jak ctok xda org mk ngga or baca. Xpalah. Aku sebenarnya xlaa bapa rasa best sejak 2 menjak tok. Kali kawan2 aku tok busy kali. Xpalah. Aku paham. Huhu. Aku tek terbaca
blog adik aku. Kesian jwak laa aku baca blog nya. Kali situasi aku kdak nya jwak kali. Tp at least aku ada kawan2 ctok bersama2 dgn aku. Trimas kawan2. Aku tok xda laa busy gilak dgn idup. Steady jak bh. Tp gne nak polah. ada org gago dgn final, preparation and so on. Aku doakan kejayaan takorg keyh. Mun dh berjaya boh laa lupak ng aku tok. Aku tok kcik jak bah. Ingat nama pun cukuplah. Huhu. Ish2. Dah gik aku berbicara ctok. Bgus ku pg main bol jak eh. Mun jak ada org main bol rh ctok. Salam diucapkan. :)

p/s 1 - aku nak cuti next week. ada spa2 mk spon tiket ng aku balit kch x? :)
p/s 2 - esk result SPM kuar. kepada SPM candidates ya especially adik aku ya, gudluck keyh! :)
p/s 3 - mid sem bermula maka marilah kita bercuti. :)