Kat bawah ni aku listkan beberapa summary aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti aku di Kuching.
- Hari Jumaat. Kalau tak silap aku, pagi tu aku dah kena culik pergi makan Laksa Sarawak. Perghh. Tu laa favourite food aku di Kuching. Laksa Sarawak terbaik aku rasa dekat Mom's Laksa berdekatan dengan Was Corner dekat Ko-Perkasa, Astana. Serius terbaik. Lagi-lagi kalau Laksa Sarawak Special. Petang sedikit aku pergi karaoke dengan adik aku. Penat gak laa menyanyi lagu tapi semestinya kalau aku dengan kawan-kawan aku menyanyi, semestinya menggegarkan K-Box Embassy di Spring, Kuching. Haha. Tak habis lagi perjalanan aku, malam tu pulak aku diculik sekali lagi oleh Peak dan rakan-rakan untuk bermain Left 4 Dead 2. Survival Mode sure layan. Ya'll should try.
- Hari Sabtu nya pula, aku dan rakan-rakan pergi ke Pantai Kem Permai. Tapi hari tu agak menghambarkan kerana ombak yang sedikit dan time aku pergi tu pun hari panas nak mati. Tapi, aku pergi berendam dekat kolam atas Kem Permai tersebut. So, sejuk laa jugak. Haha. Lepas tu aku berehat di rumah sampai ke malam.
- Hari Ahad pula aku diculik buat kali ke-3. Ke mana? Ke majlis akad nikah rakan sekolah aku. Demm. Kawan aku dah bernikah dah. Serius best. Aku yang old school ni pun belum bernikah lagi. Tahniah di ucapkan kepada Amir Hasif dan isteri beliau. Semoga berbahagia ke anak cucu. Hehe. Tengah hari tersebut, aku dan rakan-rakan pergi menonton wayang cerita Kongsi. Cerita ni agak menarik dalam bahagian aksi dan lawaknya. Tetapi bahagian cerita agak menghambarkan. Aku tak tahu apa disebalik cerita Kongsi tersebut. Yang aku tahu, Lu Langsi, Lu Mati. Hahaha. Malam pulak aku bermain futsal dengan rakan-rakan Aichi FC. Pergh. Seronok sungguh. Memang layan bermain dengan kawan-kawan lama. Hehe.
p/s - Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di SK Matang Jaya, Kuching dan Kolej DPAH Abdillah, Kuching. Tanpa mereka, siapalah aku. :)
No comments:
Post a Comment