Esok. Lupa pulak. Esok ada Foundation Graduation Day for batch May 2009 dan Januari 2010. Fuhh. Merasa gak laa naik pentas lagi sekali salam dengan Rektor UTP. Dulu masa aku Foundation 3rd semester aku naik atas pentas sekali bersempena dengan Dean List Award Ceremony. Bukan nak cakap aku ni pandai tapi hampir semua orang dapat Dean List time Foundation 2nd semester. Haha.
Kalau aku tak silap, aku jadi commitee time Dean List Award Ceremony tu. Ceremony and Protocol punya department. Tapi sampai sekarang sijil aku tak dapat. Aku tengok kawan-kawan aku semua dapat. Aku punya je takde. Kata roomate aku sijil tu dah diagihkan kepada budak-budak Meche batch aku suruh bagi kat sesiapa yang jadi commitee. Agak laa. Aku dengan korang dah dekat 2 tahun tak kan nama aku pun tak tahu jugak. Tu event first aku kot. Aku ni bukan budak muka event. Nasib badan.
Ni kat bawah ni aku nak tunjukkan tag aku yang aku ambik malam Ahad hari tu dengan kawan-kawan aku. Dulu kalau tak silap aku warna tag tu pink. Menyesal aku pergi tinggal dalam bilik lama aku tag tu. Mak cik cleaner dah pegi buang dah masa aku clearance dulu. Isk. Sentimental value tu. Haha.
Tag nama aku yang cool
Inilah masanya untuk aku guna baju smart. Bila lagi nak smart kan? Aku bukan suka bergaya tak tentu pasal. Tak suka. Simple is better. Senang dan tak memeningkan kepala. Hehe. Ni satu lagi masalah. Mana aku nak cari Wax kasut hitam ni? Nak bagi berkilat sikit. Alang-alang biar kemas. Rambut takpe. Bior jer. Haha.
Tu jer kot nak update. Oklah. Tunggu jer next post aku. Kamera aku harus dicaj. Esok hari bergambar. Haha.
p/s 1 - Esok Academic Free Day sempena EDX. So malam ni mesti stay up a bit to study. Masaklaa hari Khamis ada test Islamic Studies
No comments:
Post a Comment