Lama betul aku tak sakit sebenarnya. Bukan sakit hati, memang sakit betul. Serius. Aku bukan nak riak ke apa. Tapi serius, kalau sekali aku dah sakit, memang hidup jadi perit. Sejak 2-3 hari ni aku badan aku start menggelabah *betul ke word ni*. Kepala aku berpusing-pusing, pening dan rasa berat. aku ingatkan rambut aku makin berat tapi berat rambut lain rasanya.
Then, tekak aku rasa makin gatal dan kahak mula berkumpul. Aku dah agak dah kalau benda ni berlaku. Hidung aku dah mula tersumbat. Uh huh. Serius gampang. 2 hari ni aku sedar aku tidur makin awal *bagus laa kan?*. Aku bukan tak suka tidur awal. Suka sangat tapi kalau study pun tak sempat nak habiskan how come eh? Malam tadi sempat habiskan 2 lecture notes Dynamics lepas tu tertidur jam 0030. Uh huh. Aku mana pernah tidur time ni. Awal sangat ni.
Tapi, alhamdulillah aku dah ok sikit. Dengan 2 biji Panadol yang aku beli 1 papan *papan ke?* yang berharga RM 2.50, kesihatan aku beransur pulih. Patutnya aku main petang tadi tapi orang tak panggil main pun. Nak pergi ke gym pun dah tangan aku pun sakit. Ye laa. Hari Isnin hari tu pergi bantai main dumbbell dekat nak 45 minit apa kejadah nya. Dah muscle pain. Tapi takpe laa. Bagus jugak aku berehat hari ni. Esok janganlah hujan. Aku nak pergi berenang. Lama tak berenang. Hehe.
Berita buruk untuk aku, starting next week, test akan berpusu-pusu datang. Hari Khamis ada test Islamic Studies. Isnin week 13 (selepas next week), test Dynamics, Rabu pulak test Manufacturing Technology dan Khamis yang berikutnya, Vector Calculus. Nice. Ada satu lagi test, Structured Programming dan aku tak tahu bila. Mungkin to be announce later. Be prepared laa.
Tu je kot nak update kehidupan dari UTP. Sorry lah kalau kehidupan aku ni memang bosan sedikit. Aku bukan ada banyak benda nak buat pun dekat UTP ni selain dari study, makan, pergi kelas, tutorial, futsal, gym dan pergi Ipoh. Tu jer laa. Aku dekat rumah banyak lagi benda aku boleh buat. Tak percaya? Tunggu aku balik Kuching aku update banyak-banyak. See you soon. Dah Maghrib dah ni. Salam.
No comments:
Post a Comment