Showing posts with label 4 Months Holidays. Show all posts
Showing posts with label 4 Months Holidays. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Injury

Aku tengok dekat berita sukan, hari-hari mesti ada berita kecederaan. Paling selalu dalam sukan bola sepak lah. Manchester United jer dah berapa player dilanda masalah kecederaan. Ish2.

Ni aku nak cerita sikit lah pasal kecederaan. 2 hari lepas, aku pergi bermain futsal dengan rakan-rakan seperjuangan aku. Long story short, tengah aku gembira bermain dengan mengunakan sepatu yang agak baru, malang tak berbau, aku pun dilanda kecederaan di bahagian ankle. Sakit gila. Kaki aku terpusing akibat terlalu ghairah bermain futsal.

Lepas kena tu, tak kan aku nak main lagi kan? Aku pun berehat 5-10 minit lepas tu main balik. Ya, dalam futsal, aku memang agak degil. Tapi memang performance drop lah. Member aku pasing bola, aku tahan guna kaki kanan aku yang cedera, memang sakit. Bergegar rasanya ligamen kaki aku.

Aku before ni memang tak pernah cedera di bahagian di mana orang biasa cedera contohnya kaki, lutut, hamstring dan lain-lain. This is first time I tell you guys. Malam aku balik rumah hari tu, aku terus rendam kaki aku dalam ais, nak bagi surut bengkak. Sekarang aku tengok kaki aku macam besar sebelah bahagian ankle.

Dah nasib. Aku tanya sepupu aku, dia cakap cedera bahagian ankle ni lama sikit nak baik. So, I have to wait. Maybe less usage of my right foot during rigorous exercises. Urgh. Shit happens.

Wednesday, December 7, 2011

Gundah Gulana

Cuti aku tinggal sedikit. Ya. Aku faham. Ada orang yang dah tak sabar-sabar nak balik ke kampus balik. Aku? harap maaf. Kalau ada jalan keluar yang mudah, aku dah keluar dari kampus. Tapi aku bukan selemah itu. Aku yakin aku boleh tempuh segala-gala.

Masalah aku sekarang apabila bukak kampus nanti. Aku tak tahu apa status aku nanti. Perasaan bercelaru, gundah gulana, bercampur baur. Rasa gembira memang takde lah. Rasa marah, mungkin sedikit. Rasa kecewa, adalah jugak. Rasa tak kisah, aku bukan sepenuhnya macam meme Yao Ming.

Entahlah. Nak beritahu orang lain apa perasaan aku yang aku rasa sekarang pun tak guna jugak. I can't drag somebody/something into my life. But, what I need is consideration. That's all.

If I have a time machine, aku akan putar balik masa kepada 3-4 tahun lepas, maybe dan aku akan ubah semuanya. Apakan daya, Allah ada rancangan untuk aku dan juga semua orang. Maybe, I should just keep it to myself and let time just passing by.

Sesungguhnya, aku tak sangka aku ada perasaan sebegini tetapi aku juga manusia.

Wednesday, November 30, 2011

1 month +

Ya. Cuti aku memang semakin hari semakin berkurangan. Nak diceritakan tentang betapa produktif tak cuti aku, ianya subjektif. Mungkin untuk benefits orang lain, paling tidak produktif. Bangun lambat setiap hari, duduk rumah habiskan beras, minyak kereta, bil elektrik dan bermacam-macam lagi.

Tapi pada diri aku, ianya cukup produktif. Aku mungkin berjaya menurunkan berat badan aku dalam masa 2 bulan mungkin dalam 2 kg. 1 kg sebulan cukuplah. Buat apa banyak-banyak. Nanti kurus sangat orang cakap kau ambik dadah pulak.

Dari segi fitness, aku rasa aku sihat. Level of happiness? Mungkin aku gembira. Kadang kala aku berasa bosan namun bagi aku kalau dibandingkan dengan kehidupan aku di universiti, kehidupan aku di rumah paling bahagia. Kalau ada orang cakap cuti ini bosan, tak jumpa ramai kawan, itu masalah mereka. Bagi aku, cuti 4 bulan ini menambah kegembiraan aku yang telah hilang sepanjang aku study di universiti for the past 8 months. Overall, aku mungkin bercakap bosan beberapa kali sahaja. Perkataan gembira lebih senang dikeluarkan dari mulut aku.

Aku sebenarnya tak ada topik nak berbual bicara di blog ini, tapi idea itu ada dalam kepala. Tak banyak tapi ada. Maybe next post aku sampaikan dekat sini. To all my friends, enjoy your holidays while you can. Salam.

Tuesday, November 1, 2011

Ikhlas

So, I'm doing nothing tonight. No gym session, no futsal session with my friends. I end up writing something in my blog. It's good than doing something irrelevent, right guys?

Kalau nak buat sesuatu, hati kena ikhlas. Ikhlas ni penting. Kenapa? Allah suka kalau kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas. Tapi sometimes ada manusia ni buat something nak dapatkan balasan. Tak kisah balasan dalam bentuk apa, janji dapat something. Kalau kita buat kerja dengan hati yang ikhlas, kita tak perlu nak mengharapkan sebarang balasan sebenarnya. Balasan pahala semestinya sudah dijanjikan oleh Allah.

Tapi, kalau kita tak nak buat something yang kita tak suka, boleh tak kita cakap TIDAK? Bagi aku, kita boleh cakap TIDAK. Ini hak kita sebagai manusia . Tapi ada sesetangah manusia ni tak paham. Setiap kali nak mintak tolong, jawapan YA mesti dikeluarkan dari mulut yang diminta tolong tersebut. Tiada jawapan lain, mesti YA, YA dan YA! Kalau dengar jawapan TIDAK, mulalah muka dah muncung macam itik-itik dekat Facebook. Merajuk, marah dan sebagainya,

Aku tak faham lah perangai sesetengah manusia ni. Kadang-kadang bukan kita tak nak tolong. Kita semua manusia, ada kerja sendiri yang perlu diselesaikan, mahukan waktu untuk berehat dan sebagainya. Bila tiba kita ada masa untuk diri sendiri, datang lah manusia lain nak minta tolong. Kalau mereka ni faham kita perlukan masa untuk diri sendiri, baguslah. Tapi ada manusia yang tak faham, nak jugak mintak tolong time-time tu jugak, dan tak nak terima jawapan TIDAK dari mulut kita.

Nak tak nak kena jugak tolong. Tapi kalau dah kes macam ni, persoalannya kita ikhlas tak nak tolong? Bukan nak persoalkan, just nak tahu. Aku malas nak cakap banyak, tepuk dada tanya selera. Kalau korang dalam situasi ni, korang mesti tahu apa rasanya.

p/s : Entri ni tak ada kena mengena dengan aku pun. Saja nak tulis sebab tak ada idea nak tulis apa hari ini. Adios.

Thursday, October 13, 2011

I bought a watch

Semalam, aku ke kedai dekat rumah aku. Saja jalan-jalan, bosan duduk di rumah. Sedang aku berjalan-jalan, aku ternampak 1 kedai jam. Aku baru teringat, aku nak beli jam tangan murah nak buat bersukan. Tak ada duit lah nak beli mahal-mahal, nanti guna rosak pulak sayang. Ingat nak beli jam digital. Belek-belek laa jam G-Shock tak ori yang ada dekat situ. Warna pun menarik. Colourful. Tapi sayang kenapa jam tu besar sangat. Berat laa nak guna. Last-last aku ambik 1 jam brand Q&Q jenis analogue berharga RM20 sahaja.

 Jam baru aku

Simple. Itu yang aku suka sebenarnya. Aku sekarang tak berapa nak kisah sangat apa benda yang aku guna as long benda tu tak menyakitkan mata aku. Aku gemarkan sesuatu benda yang simple design nya tapi at mean time benda tu cantik dan (mungkin bagi aku) cool. Memang dulu aku suka guna baju yang pelbagai corak dan gambar. Sekarang pun aku suka jugak tapi macam dah kurang sikit. Kalau aku pergi beli baju baru pun, aku pergi cari dekat section baju-baju yang tak banyak corak, kalau boleh baju kosong jer. 

Baru-baru before aku balik ke Kuching, aku sempat laa singgah kat kedai-kedai di Bukit Bintang. Cari-cari baju sebab aku rasa dekat 5-6 bulan jugak aku tak ada baju yang baru. Aku masuk laa kat satu kedai ni berhadapan dengan Pavilion, KL. Sedang aku belek-belek baju, aku tengok laa bahagian baju t-shirt crew neck. Aku nampak baju kosong tapi macam-macam warna. Aku pun sambar laa sehelai dua buat guna time balik. Harga pun murah, ada sale. 1 baju RM 9.90. Ok laa tu kan? 

Benda simple cantik sebenarnya. Benda simple ni membantu kita jadi macam tak menunjuk-nunjuk sangat. Ambik contoh laa, orang guna baju ada brand Armani Exchange besar-besar dekat baju. Confirm korang cakap dia tu show off laa macam-macam lagi laa. Tapi kalau korang guna baju ada brand Armani Exchange tapi kecik sampai orang tak perasan brand tu kat baju korang tak ada laa orang mengata ye tak? Entah-entah baju yang simple ni mahal lagi. Mana laa kita tahu ye tak?

Sebab tu laa aku suka guna benda simple. Biar murah, janji nampak nice. Kalau orang jenis orang yang suka show off, tu masalah korang laa. Aku tak nak campur.

Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Pertama

Pandangan pertama. Benda ini bermain di fikiran setiap manusia setiap kali mereka berjumpa dengan setiap insan yang baru bagi mereka. Kita kalau jumpa orang yang baru kita jumpa belum tentu kita boleh kata mereka ini kawan kita. Mungkin mereka yang baru ini boleh jadi musuh kita. Ini cuma pandangan aku.

Pandangan pertama ini sebenarnya penting bagi sesetengah orang. Ada orang yang tak berapa nak kisah sangat first impression orang lain terhadap diri beliau. Macam aku, aku sebenarnya tak tahu laa nak kata kisah ke tidak tapi macam orang yang baru aku jumpa ni, aku tak kisah sangat. Sebab mungkin aku jumpa dia sekejap sahaja lepas tu tak jumpa lagi. Buat apa nak kisah kan?

Tapi, time aku baring-baring dekat katil sambil melihat lampu di atas siling bilik aku, tiba-tiba aku terfikir sejenak, apa pandangan pertama orang terhadap diri aku mula-mula ya? Aku ni pendiam ke? Susah nak di approach ke? Teringin jugak aku nak tahu apa orang fikir tentang diri aku ni.

Benda ini tiba-tiba masuk dalam kepala aku bukan sebab lampu di siling, tapi macam aku rasa aku tak pandai nak buat kawan baru. Ini serius, bukan main-main. Berjumpa dengan orang baru lepas tu buat kawan bukan kepakaran aku. Budak-budak course aku dekat UTP tu pun belum tentu rapat atau kenal dengan aku padahal semua budak-budak course aku yang lain rapat bagai air dicincang tak akan putus laa hubungan sesama mereka.

Aku ni nak cakap aktif dekat social network, boleh laa kata ya (sebab cuti). Dekat Twitter tu boleh kata setiap hari aku tweet benda merepek tapi aku memang tak ada intention nak berkenalan dengan tweeples baru dekat Twitter tu. Yang aku tahu, tweeples yang selalu berbalas tweet dengan aku ni memang kawan aku before aku join Twitter lagi. Aku follow orang tak lah banyak bukan semua orang yang aku follow tu aku kenal rapat. Entahlah. Aku pun tak tahu. Tu laa sebab aku cakap aku memang tak pandai buat kawan baru. Kawan-kawan aku yang ada Twitter aku tengok banyak je kawan-kawan yang mereka kenal dari Twitter. Tertanya-tanya jugak macam mana mereka ni boleh ada "click" dengan orang lain ya. Sama minat ke? Ke memang ada intention nak berkenalan sesama sendiri? Mungkin.

Sebab tu aku terdetik nak tahu apa pandangan pertama orang terhadap aku. Sebagai contoh, aku sebagai seorang pengguna Twitter dan dari apa yang aku tweet setiap hari,
  • Aku bukan seorang yang ambil tahu hal ehwal semasa
  • Aku tweet benda-benda tak sepatutnya e.g mencarut sepanjang masa. Ya. Aku mengaku.
  • Mungkin aku seorang yang agak emosional
  • Sarcastic, tapi sarcasm aku macam aku sorang yang faham. Aku tak tahu orang lain ambik kisah ke tak.
Sama ke pandangan orang lain terhadap macam apa yang aku nyatakan di atas? Kalau tak, apa pandangan korang (yang sudi membaca entri ini) terhadap aku? Mungkin aku boleh tahu kenapa aku tak ramai kawan di mana-mana.

Monday, October 10, 2011

Kenderaan Di Jalanan

Sekarang aku tengok kenderaan semakin hari semakin banyak, baik kereta mahupun motorsikal. Dekat Kuching pun aku sedar kenderaan semakin hari semakin banyak. Kalau petang-petang nak keluar dari roundabout dekat rumah aku, memang penuh dengan kereta. Aku pun jadi pening.



Tapi bukan bilangan kenderaan aku nak cerita kat blog ni sebenarnya, tetapi sikap pengguna jalan raya yang entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Penuh dengan drama dan sandiwara jalanan. Pelbagai ragam manusia aku boleh tengok semasa aku memandu hampir setiap hari. Aku malas nak cerita kat tempat jauh-jauh, aku ambik kisah ragam pemandu dekat tempat aku je.

Bukan semua orang yang berperangai pelik di jalan dekat tempat tinggal aku ni. Sesetengah je laa. Ini dari sudut pandangan aku sendiri, kalau ada pandangan dari yang lain, boleh laa komen di ruangan komen yang disediakan.

Sunday, October 9, 2011

Tidur

Tidur ni bagi aku satu perkara yang agak heaven bagi sesetengah manusia yang kurang tidur. Masa time aku dekat UTP dulu kalau ada masa tidur memang aku ambik peluang sebab malam, lebih-lebih lagi time final exam memang aku akan stay up sampai pagi.


Tidur lama-lama pun tak sihat sangat sebenarnya. Menurut artikel yang aku search dekat Google tadi, average masa tidur untuk orang dewasa adalah 7 - 9 jam. Ini yang paling ideal laa dan bagi seorang bayi, 16 - 18 jam paling ideal untuk tidur yang cukup setiap hari. Siapa manusia yang bukan bayi tidur lebih 18 jam sehari ni aku tak tahu laa manusia jenis apa, apa yang beliau lakukan sampai perlu tidur lama-lama ni.