Ya. Cuti aku memang semakin hari semakin berkurangan. Nak diceritakan tentang betapa produktif tak cuti aku, ianya subjektif. Mungkin untuk benefits orang lain, paling tidak produktif. Bangun lambat setiap hari, duduk rumah habiskan beras, minyak kereta, bil elektrik dan bermacam-macam lagi.
Tapi pada diri aku, ianya cukup produktif. Aku mungkin berjaya menurunkan berat badan aku dalam masa 2 bulan mungkin dalam 2 kg. 1 kg sebulan cukuplah. Buat apa banyak-banyak. Nanti kurus sangat orang cakap kau ambik dadah pulak.
Dari segi fitness, aku rasa aku sihat. Level of happiness? Mungkin aku gembira. Kadang kala aku berasa bosan namun bagi aku kalau dibandingkan dengan kehidupan aku di universiti, kehidupan aku di rumah paling bahagia. Kalau ada orang cakap cuti ini bosan, tak jumpa ramai kawan, itu masalah mereka. Bagi aku, cuti 4 bulan ini menambah kegembiraan aku yang telah hilang sepanjang aku study di universiti for the past 8 months. Overall, aku mungkin bercakap bosan beberapa kali sahaja. Perkataan gembira lebih senang dikeluarkan dari mulut aku.
Aku sebenarnya tak ada topik nak berbual bicara di blog ini, tapi idea itu ada dalam kepala. Tak banyak tapi ada. Maybe next post aku sampaikan dekat sini. To all my friends, enjoy your holidays while you can. Salam.
No comments:
Post a Comment