Tapi bukan bilangan kenderaan aku nak cerita kat blog ni sebenarnya, tetapi sikap pengguna jalan raya yang entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Penuh dengan drama dan sandiwara jalanan. Pelbagai ragam manusia aku boleh tengok semasa aku memandu hampir setiap hari. Aku malas nak cerita kat tempat jauh-jauh, aku ambik kisah ragam pemandu dekat tempat aku je.
Bukan semua orang yang berperangai pelik di jalan dekat tempat tinggal aku ni. Sesetengah je laa. Ini dari sudut pandangan aku sendiri, kalau ada pandangan dari yang lain, boleh laa komen di ruangan komen yang disediakan.
Pemandu Kereta
Memandu dekat tempat tinggal aku ni sebenarnya ok jer. Tak banyak masalah pun. Just kadang-kadang aku tak berapa nak faham macam mana sesetengah pemandu ni berfikir. Cara setiap pemandu berfikir memang berlainan tapi entahlah.
Credit gambar: Jangan jadi macam ni pulak. Nak tengok video Remi Gaillard, boleh tekan link ini.
Sebagai contoh, dekat jalan selepas Jambatan Satok kalau kita nak balik ke Matang/Petra Jaya tu ada 3 lorong. Menurut pemikiran aku, kalau nak pandu slow or nak masuk simpang sebelah kiri, ambik lah lane kiri. Kalau nak memandu macam laju tapi tak laju sangat, ambik lane tengah. Kalau nak laju gila babi, ambik lane kanan. Betul tak? Yang aku hairan, boleh pulak pemandu drive kereta slow gila babi dekat lane tengah. Ni ok lagi. Ada jugak yang ambik lane kanan tapi memandu lagi slow dari pemandu di lane tengah dan lane kiri. Kadang-kadang ada orang yang drive laju pergi laa cucuk-cucuk kereta yang slow mengharapkan pemandu yang "berhemah" ni bertukar ke lane tengah or kiri, namun disebabkan terlalu "berhemah", beliau meneruskan perjalan beliau yang bersantai itu tanpa menghiraukan pemandu yang nak cepat di belakang beliau. Kalau kereta besar or lori ke boleh laa buat santai, ni kereta kecik pun nak buat macam tu ke? Tak faham.
Lagi satu, kalau bawak slow tapi ada kereta dekat depan aku faham lagi. Ni dah laa slow, takde kereta pulak dekat depan tu. Menurut pemikiran aku, beliau ni saja-saja nak bawak slow. Berhemah laa katakan. Ruang dekat depan tu boleh muat dalam 10+ buah kereta lagi. Aku tak faham macam mana orang macam ini berfikir.
Penunggang Motorsikal
Yang ni lagi hebat. Aku paling suka penunggang motorsikal di jalanan ni. Aku tak tahu laa jalan kecik ke motorsikal ni tengah sangat tapi setiap kali aku driving, memang susah aku nak potong motorsikal. Ye laa. Jalan kat Kuching ni bukan besar sangat pun, banyak yang 1 lorong je. Tapi, entahlah. Macam susah jer nak potong. So, aku biarkan je laa si penunggang motorsikal ni bermaharajalela di jalanan.
Credit gambar : Cara yang elok untuk menunggang motorsikal
Sebenarnya banyak lagi aku boleh cerita dekat sini tapi malas nak cerita panjang. Aku tak tahu laa ada orang yang sama pemikiran dengan aku ke tak tapi ini lah yang aku rasa. Bukan aku nak galakkan speeding di jalan raya. Tidak. Kan ada speed limit, follow laa. Ni speed limit boleh drive sampai 90km/h tapi drive 40km/h dekat lorong laju. Tak menyusahkan ke?
In conclusion, untuk pemandu kereta, bertimbang rasa laa sikit. Orang lain pun guna jalan raya jugak. Kalau kau drive kereta kat tempat orang, takkan nak buat perangai sama jugak. Niat kau nak drive slow tapi orang lain ingat kau main-main. Kalau salah orang kau jumpa, siapa yang susah? Yang bawak motorsikal tu, sedarlah saiz anda di jalanan. Jangan ingat ego anda di jalan raya sama besar dengan lori balak. Pandu secara berhemah, bijak dan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Peace.
No comments:
Post a Comment