Monday, January 10, 2011

Nature, Flora dan Fauna

Salam & Hello World!
Flora & Fauna? Apakah itu flora & fauna? Menurut websie wiseGEEK :
Flora and fauna refer to plant and wildlife, respectively
Nature? Apakah itu? Menurut sumber dari wikipedia :
Nature, in the broadest sense, is equivalent to the natural world, physical world, or material world. "Nature" refers to the phenomena of the physical world, and also to life in general.
Saya sayang alam sekitar di sekeliling saya. Semasa di sekolah dahulu, saya merupakan seorang ahli Persatuan Alam Sekitar. Haha. Tak percaya? Tidak mengapa. Rakan-rakan yang mengenali saya juga tidak percaya saya sayang alam sekitar.

Dalam entri kali ini saya ingin meletakkan beberapa gambar tumbuhan yang saya baru sahaja saya snap petang tadi. Badan saya sangat sakit, hendak berjogging pun tidak mampu rasanya. Saya merasa bosan dengan internet lalu saya terus mengambil kamera milik saya dan pergi ke luar. Saya terfikir-fikir gambar apa yang saya ingin snap di petang yang agak redup ini?

Saya ternampak bunga raya di halaman rumah saya dan saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar tumbuhan di rumah saya. Jadi di bawah adalah hasilnya.

My gear for today : Sony Alpha A380 with Sony 50mm SAM

Coloured Photos (Landscape)






Coloured Photos (Potrait)





Black & White



Alam sekitar ni cantik sebenarnya. Bukan manusia sahaja yang cantik. Jika diamati betul, alam sekitar yang mewarnai bumi kita. Ada kita lihat muka manusia berwarna hijau, ungu atau biru? Tidak bukan. Paling kurang pun yang berwarna gelap dan cerah sahaja.

Jadi, jagalah alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Ambillah langkah yang kecil dahulu jika tidak mampu membuat langkah yang besar seperti membuang sampah di dalam tong sampah. Saya hanya orang kecil, belum matang lagi. Hehe. Samalah kita membantu menjaga alam sekitar kita.

p/s 1 - Maaf ayat terlalu skema seperti pelajar sekolah menulis karangan.
p/s 2 - Minta komen gambar yang saya snap untuk improvement peribadi. Terima kasih.

No comments: