Salam & hello! Hari ini hari ke-3 Kuching ditimpa hujan lebat yang tiada mungkin berhenti sekarang. Suhu semakin sejuk. Suhu sekarang 24 darjah celcius dan kadar kelembapan adalah 100%. Sangat sejuk rasanya sekarang. Semalam hanya sekejap sahaja hari yang cerah namun sampai sekarang matahari masih belum kelihatan. Oh hujan.
Saya bukannya tidak suka hujan. Hujan itu rahmat bukan? Tetapi pelbagai aktiviti yang biasa lakukan tidak dapat dilakukan sekarang contohya setiap petang sejak saya menjejakkan kaki di Kuching, saya akan bersukan seperti berjogging di taman permainan, berjalan ke kedai dan macam2 lagi. Hendak keluar ke mana memang tiada masalah. Namun sekarang hujan lebat sudah melanda, apakan daya, semua aktiviti tidak dapat dilakukan. Baju yang dibasuh amat susah untuk kering di kala cuaca yang lembap hari ini. Hmmm.
10 Januari 2011 yang lepas, saya dikejutkan dengan berita sebuah kapal terbang Air Asia tersasar dari landasan di Kuching International Airport (KIA). Menurut berita yang saya baca, kapal terbang tersebut berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan ingin mendarat di Kuching. Kejadian ini berlaku kira-kira 10.02 pm dan pesawat itu dikatakan membawa kira-kira 124 orang penumpang dan 6 anak kapal. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Antara sebab kapal terbang tersebut tersasar dari landasannya ialah keadaan landasan yang licin akibat hujan lebat.
Menurut berita dari myMetro :
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.Di sini saya sertakan beberapa gambar keadaan kapal terbang tersebut yang tersadai di KIA :Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan
terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.
Credit to : Orgkampong.com
Lagi satu berita yang saya dapat sebentar tadi ialah 5 buah sekolah terpaksa ditutup akibat dari hujan lebat.
Antara petikan dari Berita Harian Online :
Lima sekolah ditutup hari ini akibat banjir di sekitar Matu-Daro di Mukah selepas tiga sekolah di Bau ditutup sejak semalam.
Jurucakap Bilik Operasi Banjir negeri berkata, penutupan terbaru membabitkan SMK Matu Daro dan empat sekolah rendah.
Lagi petikan berita :
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran oren mengenai kemungkinan cuaca buruk yang boleh membawa akibat banjir di kawasan-kawasan rendah di Sarawak, dan hujan lebat dijangka kekal sehingga malam ini.
Baru seminggu alam persekolahan bermula, sekolah sudah pun ditutup. Apakan daya, semuanya sudah ditakdirkan. Namun semua ini pasti ada hikmahnya, mungkin bukan sekarang. Sama-samalah kita berdoa agar hujan lebat di Kuching dan disekitarnya berkurangan agar banjir besar tidak berlaku.
Sekian dari saya. Terima kasih kerana membaca.
p/s 1 - Selamat Hari Jadi diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Rashidah, Nasih (10 Januari 2011), Shafiq (11 Januari 2011) dan Jamuri (12 Januari 2011). Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. :)
p/s 2 - Saya tidak mahu berpindah village yang lain! :(
p/s 2 - Saya tidak mahu berpindah village yang lain! :(
No comments:
Post a Comment