Sunday, January 9, 2011

Futsal Bersama Sahabat Handai

Salam dan Hello! Oh penatnya rasa badan. Saya baru sahaja pulang dari menunaikan aktiviti yang sudah lama saya tidak lakukan semenjak saya berada di Kuching. Aktiviti yang sememangnya menyihatkan tubuh badan dan di kala peluh menitik, saya berasa gembira. Aktiviti yang dimaksudkan adalah futsal! Oh yeah! Futsal di Sport Planet, Kuching sememangnya aktiviti yang wajib dilakukan oleh saya serta sahabat handai yang lain.

Permainan futsal hari ini diatur oleh sahabat saya yang bergiat aktif dalam futsal iaitu Abang Mohd Shafiq. Antara pemain-pemain futsal yang lain adalah :

Naquib
Rasydan
Hazman
Shafrieza
Hazlami
Fadzren
Eddy
& tidak lupa juga Team De Sala serta team yang tidak diketahui namanya.

Kami bermain secara suka-suka sahaja. Tiada niat untuk membukti siapa lebih hebat. Ini bukannya pertandingan, hanyalah permainan suka-suka di kala ingin menyihatkan tubuh badan di samping mengeratkan silaturahim sesama rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui. Manakan tidak, saya dan Hazman belajar di UTP, manakala Shafrieza pula belajar di UniKL. Yang lain-lain semuanya belajar di Sarawak sahaja. Ada yang belajar di Unimas, Uitm dan Politeknik. Ingin berjumpa selalu memanglah susah.

Walaupun bermain suka-suka, namun kecederaan memang tidak dapat dielakkan. Jari kaki saya berasa sangat sakit ketika bermain. Setelah selesai bermain, saya membuka kasut dan melihat jari kaki saya terdapat blister. Pedih rasanya. Namun saya tetap bermain dengan ligat. Haha.

Maaf. Entri saya kali ini tidak terdapat sebarang gambar untuk dipamer. Kamera phone saya tidak canggih dan saya terlalu leka bermain. Hehe. Setakat ini sahaja entri kali ini. Ini hanyalah pengalaman saya yang menarik untuk dikongsi. Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya. Selamat malam semua!

p/s 1 - Result saya akan keluar pada 11 Januari 2011. Cuaknya saya untuk membuka result saya nanti. Huhu.
p/s 2 - Jersi untuk team saya di UTP sedang ditempah. Ini contohnya. :)
p/s 3 - Saya akan kembali ke UTP insyaAllah pada 22 Januari 2011. Jadi saya sempat untuk menyambut hari jadi saya bersama keluarga tersayang di rumah. Alhamdulillah. :)
p/s 4 - Saya mengambil link facebook rakan-rakan saya untuk dipamerkan di entri ini. Sila tekan link untuk melihat wajah-wajah mereka jika berminat. :)


No comments: