Thursday, July 15, 2010

Nike Dart VII MSL (WIDE)

Yeah. Blog kali ini memaparkan kasut yang baharu saya miliki 1 jam yang lepas. Oleh sebab saya tidak tahu nak buat apa, jadi saya ingin mengepost blog untuk menceritakan serba sedikit kasut saya ini. Haha. Bukan nak ngeso2, tp untuk suka2 sahaja saya mengepost serba sedikit tentang barang2 yang saya baru dapat.

Kasut Nike

Gambar di atas memaparkan rupa kasut saya. Namanya Nike Dart VII MSL (WIDE). Saya tidak paham apa maksud disebalik perkataan WIDE itu. Mungkin sesuai untuk kaki saya yang lebar semacam dan hampir semua kasut futsal yang saya beli semuanya tidak muat. Macam palat. Saya sebenarnya inginkan sepasang kasut yang murah dan jenama yang biasa tetapi tidak ketemui. Kerana saya hanya pergi ke satu tempat sahaja iaitu Wisma Hopoh. Malas saya nk berjalan ke Sarawak Plaza kerana LEA Centre di situ sama sahaja dan tempat parkingnya amat susah dan sungguh marabahaya.

Kasut Lotto

Saya mula2 menyelak2 bahagian kasut Dunlop, Rossi dan Lotto namun semuanya kasut futsal. Saya mahukan kasut jogging. Saya sudah ada kasut futsal. Paham? Jadi saya menyelak ke bahagian kasut berjenama sedikit iaitu Asics.

Kasut Asics (bukan Onitsuka Tiger)

Pada pandangan mata saya, hanya kasut ala2 Onitsuka Tiger sahaja yang menarik minat saya. Kasut jogging nya sangat2 lah mahal. Lebih mahal dari kasut yang lain. Hish. Jadi saya berpindah ke bahagian kasut Adidas. Wahh. Design kasut2 adidas amat menarik dan cantik molek. Namun bila melihat harga nya amatlah menyayat hati, jiwa dan perasaan. Sedihnya kasut seperti ini amat mahal. Saya mahukan kasut jogging biasa sahaja, bukan kasut yang mahal.

Kasut Adidas

Jadi saya berpindah ke bahagian kasut Nike. Banyak sungguh jenis2 kasut yang kacak, tampan lagi bergaya. Saya cuba mencari kasut yang paling murah dan saya dapati harganya lebih sesuai daripada kasut Adidas. Lebih molek lagi, saya lebih menyukai Nike lebih sedikit dari Adidas. Mata saya terpandang kasut Nike Lunarglide namun harga nya sangat mahal. Jadi, malaslah saya ingin membelinya. Saya terus beralih kepada Nike Dart VII. Warna nya amat gelap, warna hitam. Apa yang ingin saya nyatakan? Hehe. Kasut nya amat ringan berbanding kasut2 lain dan harga nya lebih murah sedikit. Jadi saya terus bertanya kepada kakak jockey kasut itu dan minta kasut saiz 8 UK. Maaf, kaki saya amat besar.

Saya terus mencuba kasut tersebut dan voila! Nyaman sungguh rasanya. Tanpa melengah2kan masa, saya terus membayar untuk kasut tersebut. Pedih hati ketika membayar nya namun bak kata pepatah Melayu, Biar alah membeli, menang memakai. Hehe. Saya amat gembira sedikitlah. Jika saya dapat yang lebih murah, pasti hati saya girang gembira. Haha.

Sekian sahaja pada hari ini. Saya harap permainan futsal pada malam ini jadi bukannya abu2. Yang paling penting, saya dapat mencuba kasut baru saya petang ini juga. Tahniah! :)

p/s - Harganya? X perlu laa di madah sitok. Hehe. :)

6 comments:

syn said...

padah ctok wan..brapa rm?? hahah

Mohd Ridhwan bin Abdul Rahim said...

aku support adidas. kasut jogging adidas ku dari f.2 sampe gi UTP gik tahan.hahaha!

zahid zahari said...

ridhwan, ko ada joging ka? haha

stress li bunyi zakwan beli kasut. hahaha oo tedah.. sik hal, yg penting mun nya jenama nike, nya konferm nampak kaya. boh riso, you got my approval. haha XD

Ahmad Zakwan said...

vanilla - hahaha. adalah beberapa. nyaman gla babeng jogg tek. nemu hzman tek. haha.

ridhwan - hahaha. adidas x cun ng aku. kaki aku ada masalah saiz ng adidas. ya aku xmk ya. haha.

zahid - kasut futsal kaa rh blog kau ya? haha. pa cerr kasut cr kau? haha. :D

zahid zahari said...

sikmok cr. aku mok try jenama kaka gik. cr sucks. hahaha

Ahmad Zakwan said...

yerr~ spa jwak ngakuk cr dlok. mala injurt xmain ftsal. ponen skali jak.