Cerita ini tajuknya American History X. Pernah anda lihat cerita ini. Pernah? Tak pernah? Kalau tidak pernah, anda memang rugi. Rugi yang amat. Ini adalah salah satu daripada cerita yang paling menarik sepanjang zaman. Kalau tidak percaya, anda boleh lihat di link ini. #39 dari 250 filem terbaik di vote oleh para penonton.
Cerita ini mengisahkan seorang pro neo-nazi skinhead yang telah menyesal semenjak dimasukkan ke dalam penjara kerana beliau telah membunuh 2 orang kulit hitam yang cuba mencuri kenderaan milik bapanya. Untuk pengetahuan anda, bapa nya sudah meninggal dunia akibat di tembak ketika menjalankan tugas sebagai bomba yang cuba untuk memadamkan api kebakaran di sebuah kejiranan warga orang kulit hitam. Hero filem ini, Derek Vinyard yang dilakonkan oleh Edward Norton. Beliau dinasihatkan oleh bekas cikgu nya masa sekolah dahulu, Dr. Sweeney, seorang guru kulit hitam supaya menasihati adik nya, Danny Vinyard lakonan Edward Furlong. Anda kenal Edward Furlong? Haha. Kalau tidak ingat, di sini saya sertakan link untuk anda mengingati nya. Ada gambar sekali ya.
Kanan - Edward Furlong. Tahu cerita ini?
Berbalik pada cerita kita tadi, Danny Vinyard menganggap abang nya seorang legend, hero, pahlawan sakti sampaikan rakan-rakan Danny memanggil Derek sebagai Father Derek. He is like a god or something to them. Haha. Saya pun tidak paham kenapa. Namun begitu, Derek sebenarnya seorang budak yang rajin dan bijaksana orangnya. Beliau sebenarnya terikut2 fahaman seorang lelaki yang bernama Cameron Alexander yang bijak berkata-kata dan menarik budak2 yang depressed dengan kehidupan dan mengikut fahaman beliau. Beliau berpendapat bahawa orang kulit putih lebih baik dari kaum-kaum yang lain di Amerika antaranya warga orang kulit hitam, warga Mexico, warga Jew dan macam-macam lagi.
Derek dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan adiknya daripada terjebak ke dalam aktiviti yang kurang sihat dan tidak bermoral tersebut. Di dalam penjara, banyak yang Derek belajar daripada manusia-manusia di sana dan menyebabkan beliau insaf, sedar dan bertaubat serta kembali ke jalan yang benar. Banyak yang anda boleh lihat dari filem ini.
Jadi, pendapat saya pada cerita ini adalah janganlah kita percaya dengan dakyah-dakyah yang disebarkan secara meluas. Fikir dahulu. Kita semua ada otak, bak kata orang tek mumaiyyiz? Betul kaa? Haha. Tahu mana yang betul, mana yang salah. Yang kedua, janganlah kita mengamalkan sikap perkauman. Pa guna perkauman tok? Buang masa. Kawan jak laa dengan semua orang. Susah kaa? Kalau mereka kaum lain yang racist, jangan ikut. Sebagai contoh, apa yang berlaku jika berlakunya kembali rusuhan kaum seperti tragedi 13 May? Let we be friends than become enemies.
Baiklah. Sampai di sini sahaja cerita saya. Nak cerita panjang pun susah. Makin pening kepala. Perut pun dah lapar. Selamat Sabtu rakan-rakan sekalian. Jangan lupa download filem ini ya. Haha. Yeahhhh!
p/s - Inception filem terbaik tahun ini. Jangan lupa tengok. Yeahhh!
No comments:
Post a Comment