Wednesday, July 14, 2010

Sukan secara terkejut

Selamat tengah hari diucapkan. Malam semalam, saya mendapat panggilan hangit dari Encik Hazman Mahli menyatakan bahawa saya diajak oleh rakan saya untuk bermain futsal di Sport Planet Kuching. Wow. Baru semalam saya mengerepak sebab sudah lama tidak bermain futsal, tiba2 saya dipanggil untuk bermain. Bermain dengan siapa saya pun tidak tahu. Sudahlah pada petang hari kejadian ini berlaku saya penat berjimba-jimba dengan aktiviti sihat saya iaitu jogging. Pada malam nya saya dipanggil untuk bermain. Memang memenatkan. Hoho.

Hazman menelefon.

Hazman mengekol saya tepat jam 2200. Saya dengan pantas kilat tornado dan twister trus mengemaskan barang2 saya dan masukkan ke dalam bag galas adik saya yang saiznya kecil sedikit. Dengan berbekalkan sehelai jersi Manchester United Away berwarna hitam serta kasut futsal Nike CTR360 saya yang x seberapa sedap untuk bermain kerana kaki saya terlalu besar untuk kasut yang sedemikian rupanya. Saya perlukan kasut baru. Agaknya kasut Nike T90 Laser sesuai untuk kaki yang yang besar dan tebal macam kaki gajah.

Kasut saya : Nike CTR360

Saya mahukan : Nike Total 90 III Laser

Jam 2205, Hazman mengambil saya dengan menggunakan Pajiro QKE 500 kepunyaan ibu Hazman yang agak tough dan serba serbi kebal. Wahh. Terasa hebat apabila kami memecut dengan pacuan 4 roda tersebut. Kami menggunakan jalan Tol untuk ke Sport Planet. Kami tiba di Sport Planet pada jam 2230.

Kami berjalan ke padang yang sudah ditetapkan. Waww. Kami bermain di padang FIFA rupa2nya. Memanglah saya terasa kebesaran padang tersebut. Sudahlah saiz padang tersebut panjang dan lebar dari padang biasa, main pun 5 on 5. Yeahh! Tahniah diucapkan kepada semua pemain2 futsal kerana kita semua fit2 belaka. Haha.

Futsal FIFA

Kami berdua bermain untuk team kawan kami iaitu Rasydan dan Shaf. Oh. Mereka memang hebat bermain futsal. Saya biasa2 sahaja xlah sehebat mereka. Huhu. Saya hanya suka bermain futsal kerana aktiviti ini amat menyihatkan di samping dapat menguruskan berat badan saya.

Team mereka amatlah hebat kerana mereka berjaya menang banyak perlawanan malam hari kejadian dan tiada kalah kalau x silap saya. Wahh. Tapi saya agak supan segan silu kerana saya tidak sehebat mereka dan saya tidak pandai bermain. Sedihnya. Tapi saya agak gembira lah sedikit kerana rindu untuk bermain futsal sudah terubat.

Malu-malu asuk

Kami habis bermain pada jam 0030. Futsal malam kejadian memang memenatkan. Tapi kami berasa seronok dan aktiviti sihat pada setiap petang memang mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Saya kurang berasa penat just kaki saya terasa pedihnya kerana kasut saya ada masalah penyesuaian diri dengan kaki saya walaupun sudah berkhidmat dengan saya selama 5 bulan. Tidak mengapa. Kamu memang berjasa kepada saya.

Akhir kata dari saya, Majulah Sukan untuk Negara Malaysia. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan serta Sarawak Bumi Gemilang. Agi idup Agi Ngelaban. Sama-sama main futsal. Yosshhh!

No comments: