Ya. Inilah hari-hari saya di rumah. Saya berasa agak bosan. Hendak berjalan, saya seorang sahaja yang bercuti. Yang lain2 semuanya sudah masuk ke menara gading masing2. Wahhh. Alhamdulillah semuanya berjaya. Tambahan lagi, saya tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Cuma sebuah motorsikal EX5 saya yang lama tetapi amat bahaya untuk dibawa keluar ke pasar atas sebab2 yang boleh dielakkan jika saya tidak membawa ia keluar ke pasar ataupun mall yang berdekatan. Namun, saya bosan. Jika saya cakap saya bosan, saya memang BOSAN! Apa yang saya boleh lakukan di rumah? Hanya saya seorang sahaja di rumah dan saya sudah kebuntuan dan ketandusan idea untuk membuat sesuatu.
Antara perkara2 yang saya boleh buat di rumah ialah :
- Tidur
- Makan
- Blogging
- Menonton television
- SMS
- Membantu ibu bapa membeli belah barang2 dapur
Saya bukan nya seorang gamer tegar. Dari saya bermain game, lebih baik saya bersukan. Ya. Bersukan. Saya sudah lama tidak bersukan sebenarnya. Makan selalu bersukan kurang. Jadi, saya sudah mengambil tindakan drastik untuk bersukan setiap petang di kawasan rumah saya bergantung pada cuaca. Futsal?
Futsal
Tidak. Sudah lama saya tinggalkan aktiviti ini kerana ketandusan ahli2 bermain futsal. Aktiviti sukan yang boleh dilakukan secara solo adalah berjogging.
Aktiviti yang murah dan tidak memerlukan peralatan sukan yang lain. Dengan hanya stokin, kasut sukan dan pakaian sukan, anda boleh berjogging setiap petang! Ya! Tahniah di ucapkan!
Dengan berjogging, stamina anda akan semakin bagus dan jantung anda akan semakin kuat. Dan secara siaran langsung, anda boleh menurunkan berat badan secara drastik jika di amalkan hari2. Dengan azam baru yang berkobar-kobar serta mendidih dan membuak-buak, saya ingin menguruskan badan saya dengan menurunkan berat serta mengurangkan lemak badan yang sudah lama tersirat dibawah kulit gelap sawo matang ini. Makan sahaja bersukan tidak memang anda akan menjadi gemuk.
9 hari lagi, saya akan pulang ke menara gading saya untuk melanjutkan pelajaran. Oh sedihnya meninggalkan rumah walaupun sudah tidak tahu aktiviti apa yang saya ingin lakukan. Barang-barang belum dikemaskan hanya beberapa barangan sudah dibeli sedikit demi sedikit. Adeh.
Saya pasti akan merindui mu wahai bandaraya Kuching yang disayangi.
Baiklah. Sampai di sini sahaja ngomelan saya di blogger saya ini. Diharap ada sesiapa membaca post ini memberikan komen-komen yang baik lagi memberangsangkan, bukan untuk merangsang. Selamat sejahtera.
4 comments:
apahal ko tetiba mengucapkan tahniah selepas menyuruh org berjoging? ahaha plente
haha. sebab nya ada usaha mok jogging. berik kata2 rangsangan bah. haha.
hahah..
"komen-komen yang baik lagi memberangsangkan, bukan untuk merangsang"
nice!! hahah
hahaha. trimas2. :D
Post a Comment