Thursday, July 22, 2010

Blog Dari UTP

Oh. Blog ini ditulis pada hari ini dan hari ini hari kedua saya di UTP. Ahh. Bosannya. Saya mahukan Kuching. Bukannya UTP yang panas. Panas sungguh cuaca di sin. Sepanas-panas keadaan di Kuching, tidaklah sepanas di sini. Saya hampir tidak dapat tidur semalam. Kepanasan. Saya bukan nak cakap apa. Tapi inilah realiti.

Saya sebenarnya nak menceritakan perjalanan saya semalam. Semalam merupakan hari paling awal saya bangun di Kuching. Pukul 5 pagi. Tidak pernah saya bangun seawal itu. Selalunya saya bangun pukol 9 pagi - 12 tgh hari. Dalam jangkauan masa tersebutlah kiranya tek.

Saya mandi. Jahanam! Sejuk sungguh air. Hampir mendapat hipertermia saya. Haha. Tapi apakan daya. Saya kan kerbau yang suka bermandi manda. Selepas itu, saya solat subuh dan saya makan sarapan. Sarapan padi hari pemergian saya, Nasik Lemak Ayam Goreng Ayamas. Nyum2.

Saya bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan ibu yang tercinta kerana ibu saya tidak menghantar saya. Beliau hendak pergi kerja. Huhu. Sedihnya saya. Bapa saya kemudiannya menghantar saya ke Kuching International Airport dan saya terus check in barangan saya, sebiji beg dan sekuntum kotak. Oh. Berat sungguh saya punya barangan. 19.8 kg. Tetapi saya bernasib baik. Saya menaiki Malaysia Airlines bukannya Air Asia. Jadi, saya tidak perlu membayar untuk barangan yang overweight.


Kuching International Airport

Malaysia Airlines

Penerbangan saya bermula pukul 730 pagi dan berakhir pada pukul 910 pagi. Saya duduk di sebelah orang Vietnam. Macam mana saya tahu beliau orang Vietnam? Malas saya nak ceritakan. Tidak penting. Sesampainya saya di Kuala Lumpur International Airport, saya mengambil barang-barang saya dan saya dan Hazman Mahli terus pergi membeli tiket pulang ke Ipoh dengan menaiki bas Star Coach.


Kuala Lumpur International Airport



Star Coach

Mahal sungguh tiketnya. Rm42 untuk sekepala. Demm. Namun apakan daya, kami tidak berdaya. Huhu. Kami menaiki bas tersebut pada pukul 1030 pagi dan kami tiba di Medan Gopeng, Ipoh pada pukul 130 petang. 3 jam perjalanan dengan bas dan 1 jam 40 minit dengan kapal terbang, bayangkan penatnya kami. Namun perjalanan kami belum tamat.

Kami mengambil teksi pula. *yohhhh* Untuk ke UTP, kami harus, wajib, sunat mengambil teksi karena tiada orang yang mahu mengambil kami. Siapalah kami untuk orang ambil. Huhu. Perjalanan menaiki teksi mengambil masa 30 minit sahaja. Kos menaiki teksi = Rm50. Beginilah hidup kami sepanjang hidup kami di UTP. Bukan kami nak merungut atau apa. Namun inilah hakikat. Terimalah. Huhu.


Teksi

Kami kemudian mendaftar bilik dan mengambil barang-barang kami. Oh. Penatnya kerja-kerja sebegini. Huhu. Sekian sahaja kisah saya pada hari ini. Nantikan cerita saya pada masa akan datang. Adios Amigos.

7 comments:

mr_abs said...

wan, stay sne wan? samala kita wan. saya balit utp aritok tek wan. duak kuntum beg saya ngirit2 tek. kepak saya wan. ada 3 kuntum kotak gik diangkat dari tingkat dibah maok diembak balit ke bilit. demmm sik bertukar bilit. mun tauk x payah gago nyimpan2 lam storrr.

Ahmad Zakwan said...

yalaa tek xbertuka bilit. tp nya mok kosgkan bilit jwak. pa cerr? kmk stay rh v1b. masih jwak ctok. huhu. ktk nktk msk year bpa dh bg e? hehe.

mr_abs said...

alu ngekot juak kakar gia. haha. alu engkah status pake kuntum2 beg juak tek. hahaha

knek tok ka? dah 3rd year sudah. ktk org 1st 1sem ka 1st 2nd hoh?

Ahmad Zakwan said...

hahaha. mek org nktk 1st year 1st sem. 3rd year dh? yohh. xlmk gk alu intern dh. d kuching jak intern lah owh. haha.

mr_abs said...

yah! semestinyaaa. rah kch la. arum bulak amik site plg dekat ngn umah. hahaha

Ahmad Zakwan said...

hahaha. tol. ambk site nok polah skolah nyaman. hehe. ne tauk rh umah ktk ya ada mok polah tmpt2 baru. hehe. :D

Ahmad Zakwan said...

hahaha. umah mek bnyk skolah mk polah bru. mtang jaya. rh semariang polah jeraya ya kaa. hehe.