Sunday, July 25, 2010

Last Holiday

Blog kali ini bukannya memaparkan filem Last Holiday lakonan Queen Latifah dan reviewnya. Blog saya kali ini ingin memberitahu bahawa Last Holiday yang saya maksudkan ialah cuti saya. Demm. Cuti-cuti Malaysia saya sudah pun berakhir. Hari yang bernama Ahad a.k.a Sunday bertarikh 25 Julai 2010 a.k.a July, 25 2010. Oh. Bosannya. Selepas ini hari sebagai pelajar a.k.a student Universiti Teknologi Petronas a.k.a UTP di Tronoh a.k.a Toronto akan bermula.


Last Holiday

Maka, semakin banyaklah kerja, assignments yang akan saya lihat sepanjang saya masuk program Undergraduate Mechanical Engineering di UTP. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jika saya masuk Undergraduate, tapi yang semestinya pastinya lebih susah dari Foundation Studies.

Esok, kelas sudah bermula. Adoh. Saya berasa malas yang amat untuk bangun awal pagi. Mandi lagi. Arghh. Bosan! Bosan! Bosan! Dimana kelas pun saya tidak tahu. Nasib lah esok hari.

Saya sebenarnya ingin membuat review untuk hari cuti saya. Hari cuti saya sememangnya berbaloi-baloi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Wahh. Menariknya. Saya berasa amat gembira dan bahagia yang amat ketika berada di rumah. Makanan bukan lagi masalah jika berada di rumah. Tempat tidur apatah lagi. Enjoy? Jangan cerita lah. Hehe.

Antara aktiviti yang saya lakukan ketika cuti-cuti yang terdahulu ada yang saya post di blog pusaka ini. Hehe. Tetapi sebagai review, saya nyatakan link-link nya di bawah ini supaya anda semua boleh lihat. Namun, jika tiada link nya, saya akan nyatakan di post ini. Hehe.

Di atas adalah antara aktivi yang saya lakukan ketika cuti. Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang saya lakukan ketika cuti. Antaranya ialah :

Aktiviti di atas saya link kan dari sahabat baik saya, Atiqa Askan. Terima Kasih!

Aktiviti yang saya lupa postkan di blog adalah seperti di bawah.

  • Aktiviti 13 - Teluk Batik - Marina Island - Lumut - Seri Iskandar - UTP - Ipoh
Aktiviti di atas saya lakukan bersama-sama Hazman, Asroy dan Zahid setelah kami penat menjawab soalan final Foundie Sem 3. Disini saya sertakan beberapa gambar yang boleh dijadikan pedoman hidup.


Zahid, Asroy & Hazman



Teluk Batik


Kedai di Teluk Batik



Jeti Lumut



Hazman & Asroy

Gambar di atas tidak sempat di edit kerana saya sangat penat selepas berjalan-jalan di sana. Saya juga tidak sempat publish di blog pusaka saya. Jadi, pada hari terakhir ini saya postkan sahaja ok?

Sampai di sini sahaja review saya tentang keadaan saya semasa cuti akhir semester tempoh hari. Esok sudah start klas. Maka, saya akan kurangkan on9 untuk memastikan masa depan saya cerah dan dalam kondisi yang terbaik. Doakan keselamatan saya di sini. Eh. Kejayaan saya juga. Maka, dengan ini saya merasmikan penutupan kisah cuti saya. Dengan selawat dan bismillah, saya menutup kisah cuti ini ya. Selamat Tengah Hari!


T.A.M.M.A.T

2 comments:

atiQa said...

nama bapak kmk cm femes jak siya. ahaha

Ahmad Zakwan said...

hahaha. promote bah tqa. hehe. nama glemer mst da nma bpak. :D