Thursday, October 13, 2011

I bought a watch

Semalam, aku ke kedai dekat rumah aku. Saja jalan-jalan, bosan duduk di rumah. Sedang aku berjalan-jalan, aku ternampak 1 kedai jam. Aku baru teringat, aku nak beli jam tangan murah nak buat bersukan. Tak ada duit lah nak beli mahal-mahal, nanti guna rosak pulak sayang. Ingat nak beli jam digital. Belek-belek laa jam G-Shock tak ori yang ada dekat situ. Warna pun menarik. Colourful. Tapi sayang kenapa jam tu besar sangat. Berat laa nak guna. Last-last aku ambik 1 jam brand Q&Q jenis analogue berharga RM20 sahaja.

 Jam baru aku

Simple. Itu yang aku suka sebenarnya. Aku sekarang tak berapa nak kisah sangat apa benda yang aku guna as long benda tu tak menyakitkan mata aku. Aku gemarkan sesuatu benda yang simple design nya tapi at mean time benda tu cantik dan (mungkin bagi aku) cool. Memang dulu aku suka guna baju yang pelbagai corak dan gambar. Sekarang pun aku suka jugak tapi macam dah kurang sikit. Kalau aku pergi beli baju baru pun, aku pergi cari dekat section baju-baju yang tak banyak corak, kalau boleh baju kosong jer. 

Baru-baru before aku balik ke Kuching, aku sempat laa singgah kat kedai-kedai di Bukit Bintang. Cari-cari baju sebab aku rasa dekat 5-6 bulan jugak aku tak ada baju yang baru. Aku masuk laa kat satu kedai ni berhadapan dengan Pavilion, KL. Sedang aku belek-belek baju, aku tengok laa bahagian baju t-shirt crew neck. Aku nampak baju kosong tapi macam-macam warna. Aku pun sambar laa sehelai dua buat guna time balik. Harga pun murah, ada sale. 1 baju RM 9.90. Ok laa tu kan? 

Benda simple cantik sebenarnya. Benda simple ni membantu kita jadi macam tak menunjuk-nunjuk sangat. Ambik contoh laa, orang guna baju ada brand Armani Exchange besar-besar dekat baju. Confirm korang cakap dia tu show off laa macam-macam lagi laa. Tapi kalau korang guna baju ada brand Armani Exchange tapi kecik sampai orang tak perasan brand tu kat baju korang tak ada laa orang mengata ye tak? Entah-entah baju yang simple ni mahal lagi. Mana laa kita tahu ye tak?

Sebab tu laa aku suka guna benda simple. Biar murah, janji nampak nice. Kalau orang jenis orang yang suka show off, tu masalah korang laa. Aku tak nak campur.

2 comments:

Anonymous said...

madahh lhh ada jam baruuu.. ahaha

Ahmad Zakwan said...

haha. contoh bah zi. :)