Wednesday, September 21, 2011

Holidays

Salam. Maaf sebab aku memang lambat update. Semua benda aku memang lambat. Kalau dah terlalu selesa, memang semua benda jadi lambat, sebab tak kisah kan? Begitu jugak dengan blog ni. Sebab tak kisah nak update, memang tak update lah.

Sekarang aku cuti panjang. Agak panjang laa. 4 bulan tu kira panjang ke? Bagi aku tak laa panjang sangat. Tapi boleh kira panjang bagi seorang student undergraduate. Aku tengok status kawan-kawan aku di Facebook ada yang bekerja part-time, ada yang bercuti dan ada yang macam aku, berehat sampai habis cuti.

Berehat, dari perspektif minda aku bukan nya tidur sepanjang hari. Maksud berehat aku adalah melakukan sebarang kerja yang berfaedah tanpa sebarang stress pada diri sendiri. Sebagai contoh, bersukan, membantu mak ayah di rumah dan lain-lain.

Setakat aku balik ke rumah ni, aku belum melakukan sebarang aktiviti sukan. Kuching kini pada waktu petang sering hujan. Aku baru plan nak jogging tapi apakan daya, hujan. I should sign up for gym. Aku tak tahu laa gym dekat Matang tu bukak lagi ke tak. Kalau bukak aku nak sign up 4 bulan. Boleh main threadmill, bicycle dengan weight sikit-sikit. Nak tunggu member jap.

Esok aku harap tak hujan. Nak jogging lah. Lama kasut Nike aku tak menjejak tanah. Tu jer laa nak update. Salam sejahtera aku ucapkan. :)

No comments: