Ramadhan datang dan pergi. Hari ini bertarikh 23 Ogos ataupun dalam bulan Islamnya 23 Ramadhan. Pejam celik dah nak habis dah Ramadhan ni. Dalam bulan yang mulia ni aku agak sibuk dengan pelbagai kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan pantas, test yang kian mendatang. Final pulak menghampiri tanpa memberi sebarang warning.
Jadual final exam aku bermula 7 September dan tamat pada 12 September. Tapi lepas tu aku ada RECMO pulak. 18 September - 21 September kalau tak silap aku. Lepas tu baru aku boleh balik ke Kuching untuk menghadapi cuti yang sangat panjang di hujung tahun.
Berisar dengan Ramadhan yang kian berakhir ni, mestilah Syawal yang semakin hari semakin dekat dengan kita bukan? Tahun ini aku bukan beraya dekat Kuching. Aku beraya dengan family belah mak aku pulak buat kali pertama dan terakhir semenjak aku pindah ke Kuching pada tahun 1999. Sebab tahun ni last mak aku dapat tiket free. So lepas ni lama lagi kot family aku nak pergi ke tanah semenanjung ni.
Syawal tahun ini aku harapkan dapat menggembirakan hati sanubari aku. Mengapa? I think I'm too attached to my hometown. Memang aku rasa lain beraya di tempat orang lain. Tapi mungkin aku bernasib baik sebab aku beraya dengan family aku. Mungkin ada hikmah disebalik aku tak beraya di Kuching pada tahun ini.
Maaf kawan-kawan. Ada masa kita ketemu lagi. Sampaikan salam aku dekat kuih muih yang lazat, kek lapis yang menggoda jiwa. Ni jer kot nak sampaikan. Malas nak tulis panjang. Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment