Wednesday, April 27, 2011

Houston, this is the Finals!

Sekarang sudah masuk musim Final Exam bagi semua universiti di seluruh Malaysia. Ye laa. Dah study dekat 5 bulan, mestilah ada final exam. Betul tak? Final exam ni bagi aku memang memenatkan. Setiap hari kena stay up nak study. Actually, tak payah nak stay up sangat pun. Kalau study betul-betul dalam kelas pun memang boleh achieve something. Tapi dalam kelas pun dah tak faham-faham, pandai-pandailah nak kena buat apa kan?

Final exam aku semester ni ada 4 paper jer. Paper 1st aku Islamic Studies, 2nd Vector Calculus, 3rd aku ada paper Structured Programming & Database dan last paper aku Dynamics. Kalau tak silap aku setiap subjek ni semuanya 3 credit hours. Agak heavy dan boleh menyusutkan GPA aku kalau aku tak perform betul-betul.

Tapi apa boleh buat kan? Dah nama kehidupan seorang student. Jadi manfaatkan betul-betul masa anda untuk study. Tapi, study pun study jugak. Kesihatan kena jaga. Kalau pulun betul-betul setiap malam tidur sampai jam 4 - 5 pagi sampai kepala pun jadi pening & tak ingat apa-apa yang korang study pun tak guna jugak.

Antara tips-tips yang berguna bagi aku sendiri (maybe berguna untuk orang lain) yang boleh aku kongsi, aku listkan kat bawah ni.

  1. Tidur yang cukup. Kena rehat betul-betul sebab mental kita memang dah penat seharian buat ulang kaji.
  2. Makan & minum yang proper. Jangan main bantai jer apa-apa makanan yang kurang menyihatkan. Ye laa, study lama-lama memang lapar (aku pun sama jugak). Tapi sekadar peringatan kan? Tak salah kita saling beringat. 
  3. Quality not quantity. Quality sesuatu subjek tu lebih penting dari quantity. Study banyak-banyak tapi lepas tu tak dapat satu ilmu dari sesuatu topik tu pun susah jugak. So, study slow but smart. 
  4. Exercise. Ni penting gak. Bagi mengelakkan tekanan berlebihan, aku lebih gemar bersukan. Maybe ada orang suka bermain games, berjalan-jalan etc. Ini semua depends dengan korang. Tapi make sure aktiviti yang korang lakukan tak membawa kemudaratan kepada korang ye?
  5. Last but not least, doa, usaha dan tawakal. Ni yang paling penting. Doa banyak-banyak. Mintak berkat dengan Allah dan insyaAllah korang akan berjaya. Amin. 
Tu jer kot aku nak kongsi dengan korang semua. Selamat berjaya dan all the best!

 Credit to Google

4 comments:

Asroy said...

petua yang sangat bagus di situ.. :D
goodluck to you my fren ..

Ahmad Zakwan said...

thx pok! :)

Unknown said...

study week, a week allocated to do totally nothing.

Ahmad Zakwan said...

in study week, I do something. :)