Tuesday, November 1, 2011

Ikhlas

So, I'm doing nothing tonight. No gym session, no futsal session with my friends. I end up writing something in my blog. It's good than doing something irrelevent, right guys?

Kalau nak buat sesuatu, hati kena ikhlas. Ikhlas ni penting. Kenapa? Allah suka kalau kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas. Tapi sometimes ada manusia ni buat something nak dapatkan balasan. Tak kisah balasan dalam bentuk apa, janji dapat something. Kalau kita buat kerja dengan hati yang ikhlas, kita tak perlu nak mengharapkan sebarang balasan sebenarnya. Balasan pahala semestinya sudah dijanjikan oleh Allah.

Tapi, kalau kita tak nak buat something yang kita tak suka, boleh tak kita cakap TIDAK? Bagi aku, kita boleh cakap TIDAK. Ini hak kita sebagai manusia . Tapi ada sesetangah manusia ni tak paham. Setiap kali nak mintak tolong, jawapan YA mesti dikeluarkan dari mulut yang diminta tolong tersebut. Tiada jawapan lain, mesti YA, YA dan YA! Kalau dengar jawapan TIDAK, mulalah muka dah muncung macam itik-itik dekat Facebook. Merajuk, marah dan sebagainya,

Aku tak faham lah perangai sesetengah manusia ni. Kadang-kadang bukan kita tak nak tolong. Kita semua manusia, ada kerja sendiri yang perlu diselesaikan, mahukan waktu untuk berehat dan sebagainya. Bila tiba kita ada masa untuk diri sendiri, datang lah manusia lain nak minta tolong. Kalau mereka ni faham kita perlukan masa untuk diri sendiri, baguslah. Tapi ada manusia yang tak faham, nak jugak mintak tolong time-time tu jugak, dan tak nak terima jawapan TIDAK dari mulut kita.

Nak tak nak kena jugak tolong. Tapi kalau dah kes macam ni, persoalannya kita ikhlas tak nak tolong? Bukan nak persoalkan, just nak tahu. Aku malas nak cakap banyak, tepuk dada tanya selera. Kalau korang dalam situasi ni, korang mesti tahu apa rasanya.

p/s : Entri ni tak ada kena mengena dengan aku pun. Saja nak tulis sebab tak ada idea nak tulis apa hari ini. Adios.

1 comment:

Arrazi said...

tok mesti kes ambk org tusyen.. wakakakak