Tuesday, October 18, 2011

Pandai buat, pandailah tanggung

Ayat kat atas tu aku tengok dekat Facebook/Twitter dekat hampir 10 orang tweet atau tulis dekat status mereka. Kes bunuh bayi sekarang semakin menjadi-jadi dekat Malaysia ini. Hari-hari aku tengok dekat berita ada orang campak bayi laa, bapa liwat bayi laa. Baru-baru ini ada remaja kelar perut bayi selepas bayi dia dilahirkan.

Aku tak tahu laa macam mana "manusia" ini fikir masa mereka buat kerja "mulia" ni. Nak jadi pembunuh pun, bunuh laa orang yang betul, bukan bunuh bayi yang tak bersalah macam ni. Agaknya mereka fikir bayi ini masih dalam bentuk sperma agaknya boleh main bunuh/buang sana sini macam filem porno. Time nak buat baby tu mula-mula dulu tak pulak nak buat macam tu. Nak buat filem porno pandai, tapi tak ada skill. Tu laa tengok filem porno tak habis, tengok setengah je last-last partner "termengandung". #LOL

Tapi, aku rasa tak boleh lah nak salahkan orang yang bunuh bayi tu 100%. 99% boleh laa kot, 1% tu bolehlah salahkan orang-orang yang berdekatan. Sebab apa aku cakap macam ni? Mostly aku tengok orang yang bunuh bayi ni mostly semua budak bawah umur. Budak bawah umur ni mana lah tau apa nak buat bila dah "termengandung". Nama pun bawah umur, mesti dalam jagaan mak bapak. Mak bapak tak ambik tahu hal anak-anak dia ke? Apa anak dia buat, anak dia keluar dengan siapa, anak dia ada boyfriend/girlfriend ke tak. Benda-benda macam tu aku rasa mak bapak patut tahu serba sedikit.

Budak yang termengandung ni mesti laa fikir macam ni,
"Aku termengandung laa pulak! Nak bagitau mak ayah takut kena bunuh. Apa aku nak buat ni? Macam mana aku nak sorok bayi ni pulak?"
Budak bawah umur, cara berfikir tak akan nak expect macam orang tua pulak kan? Last-last tak tahu nak buat apa, jadilah kes-kes di atas tu. Sepatutnya, yang budak ni pergi consult dengan pihak-pihak yang sepatutnya. Consult mak bapak ke, cikgu kaunseling ke. Ye laa. Memang laa first-first aku rasa budak tu kena makan penampar dulu, tapi ingat jugak, mula-mula kau buat tu tak sakit ke? Mana sakit lagi, penampar bapak ke buat projek baby bersama teman seperjuangan buat kali pertama? #LOL

Kepada mak bapak yang dah dapat cucu tanpa disedari, terima saja lah apa yang dah berlaku. Nak buat macam mana. Perkara yang terbaik, jangan nak terus belasah budak tu. Fikirkan cara yang terbaik dahulu. Malu memang malu tapi nak buat macam mana, bayi tu nak tak nak kena selamatkan jugak. Tak kan lah nak buang merata-rata. Bukannya sampah bayi tu nak buang dalam longkang. Binatang pun tahu sayang dengan anak tau. Ni kita sebagai manusia, paling mulia di sisi Allah pun dah buat kerja haram jadah ni, aku tak tahu nak cakap apa lagi dah.

Pandai buat, pandailah tanggung ye tak? Budak yang bunuh bayi tu dah laksanakan tanggungjawab dia dah nak buang bayi tu dari hidup dia, tapi budak tu kena ingat jugak dekat akhirat nanti. Jangan tak ingat. Allah maha adil.

No comments: