Saturday, June 4, 2011

Misfits

Salam dan Hello kepada semua rakyat Malaysia. Mungkin aku tak banyak masa nak update blog sekarang. Busy yang amat. Jadi aku sudi untuk meluangkan masa beberapa minit untuk update blog aku yang tak seberapa yang informatif ni. Hehe.

  • Semalam, aku dan beberapa rakan aku pergi menonton wayang cerita X-MEN : FIRST CLASS. sincerely from me, X-Men : First Class is FIRST CLASS! Memang berbaloi aku pergi menonton filem ini semalam. Aku memang dari dulu minat filem X-Men ni. Sejak dari filem yang pertama sampai sekarang aku belum miss lagi cerita dia. Sedikit sebanyak yang aku dapat sampaikan melalui filem ini yang berkisar tentang kisah hidup Charles (Professor X) dan Erik (Magneto) yang mencari mutant di serata dunia dan mahu tamatkan perang Nuklear antara US dan Russia. Penjahat dalam cerita ini adalah Sebastian Shaw, manusia yang bertanggungjawab membentuk Magneto menjadi seorang yang sentiasa berdendam. Rating? Aku bagi 9/10. Superb movie must watch!
  • Pagi tadi berlangsung ElectreCup 2011. Machete FC turut bertanding dan nasib nampaknya kurang menyebelahi kami. Kami kalah 3-0 dengan Red Eagle FC dan kalah 4-0 dengan Lempang Lembu. Ohh. Sedih sungguh rasanya. Namun, ini adalah perlawanan official pertama kami. Jadi tak hairan sangatlah. Hurmm. Malam ni ada lagi match dengan HAMBO dan GIATMARA Perak FC. Harap kami boleh menang. InsyaAllah.
Tu jer kot nak update. Malas nak update panjang-panjang. Sudi-sudikan diri untuk membaca blog aku ni. Salam dan Happy Saturday! 

No comments: