Salam dan Hello Sunday kepada semua! Hari ini saya ada terbaca entri rakan saya, Zahid Zahari yang bertajuk "Time to Stop Being A King and Back Being a Labour". Dalam entri berikut, saya terbaca petikan dari entri beliau yang berbunyi :
"When we were five, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answers were things like astronaut, president, or in my case… prince.
When we were ten, they asked again and we answered - rock star, cowboy, or in my case, a rich bitch. But now that we've grown up, they want a serious answer. Well, how 'bout this: who the hell knows?!
Tiba-tiba idea itu datang tentang persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dari petikan entri tersebut. Sememangnya kita semasa kecil, kita semestinya ingin membesar dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Seperti saya, semasa saya tadika saya ingin menjadi seorang pilot. Sebabnya? Rakan saya ingin menjadi pilot dan saya hanya mengikut beliau.
Semasa saya sekolah rendah, cikgu bertanya kepada saya, "Apakah cita-cita anda dewasa kelak?". Saya memberitahu cikgu saya bahawa saya ingin menjadi seorang askar/polis. Sebabnya? Mereka nampak cool dalam filem-filem yang saya tonton semasa kecil. Ok. Nampaknya ada sedikit perubahan di situ.
Di sekolah menengah, cikgu di sekolah bertanya soalan yang sama & saya jawab saya mahu menjadi seorang doktor haiwan kerana saya berasa kasihan banyak kucing-kucing saya mati akibat sakit. Setibanya di alam dewasa sedikit (Form 4 & 5), saya sudah bertukar cita-cita saya kepada seorang doktor. Dan lihatlah saya sekarang, jurusan apakah yang saya pilih sebagai kerjaya masa depan saya? Seorang Mechanical Engineer. Berlainan bukan.
Di sini saya terangkan bagaimana trend ini bermula. Semasa kecil sebagai contoh tadika dan sekolah rendah. Apa yang kita belajar di sekolah rendah sama tidak dengan sekolah menengah? Tidak bukan? Di sekolah rendah, pemikiran kita hanya kecil sahaja. Maksud saya di sini ialah kita belum lagi berpandangan jauh. Pemikiran kita masih lagi lagi dijaga oleh guru serta ibu bapa di rumah. Semasa kecil belum tiba masanya untuk serius memilih kerjaya pilhan kita dewasa kelak. Semestinya kita main sebut sahaja cita-cita kita sebabnya kita suka akan kerjaya tersebut.
Apabila sudah meningkat dewasa, pemikiran kita semakin meluas. Kita banyak belajar di sekolah, sumber dari internet, media cetak dan sebagai. Logik tidak sebagai seorang pelajar sekolah rendah, kita bercita-cita untuk menjadi pakar komputer ataupun jurukimia? Kalau kita tanya pelajar sekolah rendah, mereka mungkin hanya tahu komputer tetapi tidak tahu jobscope orang yang membuat komputer tersebut.
Lagi satu, minat. Minat boleh dipupuk. Minat kita juga boleh berubah mengikut musim. Contohnya musim organg bermain yoyo, kita semua bermain yoyo. Musim orang guna Blackberry, iPhone, kita juga mahu menggunakan phone tersebut. Ada masanya minat seseorang boleh berubah. Minat semasa kecil dan dewasa berlainan. Agak jarang saya dengar dari kecil minat seseorang itu berkekalan sampai mereka tua. Minat adalah salah satu sebab mengapa kerjaya pilihan kita berubah.
Yang terakhir (mungkin ada lagi sebab lain) yang saya ingin saya nyatakan di sini adalah kemampuan. Kemampuan yang saya maksudkan di sini adalah kemampuan seseorang itu untuk belajar, ingin tahu dan mengambil sesuatu jurusan. Semasa kecil mungkin mereka berasa mampu untuk mengambil jurusan tersebut namun apabila mereka kurang yakin mereka mampu untuk meneruskan cita-cita mereka TETAPI mereka berasa mereka mampu untuk mengambil kerjaya yang lain.
Di sini saya ingin menyatakan pendapat saya. Itu tidak salah sebenarnya. Mungkin sesetengah orang berasa kita kurang keyakinan diri dan tidak tetap pendirian hidup, tetapi orang lain harus lihat keyakinan kita itu tertumpu di mana?
Seperti saya dahulu, saya memang mendapat tawaran dari MARA untuk menghadiri interview belajar di luar negara dalam jurusan perubatan namun pada masa yang sama saya juga telah menghadiri temuduga untuk kemasukan ke UTP tajaan PETRONAS. Saya harus membuat pilihan ke mana arah tuju saya. Minat saya cenderung kepada matematik dan fizik. Jika saya mengambil jurusan perubatan dan peluang untuk belajar di luar negara NAMUN saya tiada MINAT dan KEMAMPUAN untuk belajar biologi, anatomi dan sebagainya, buat apa saya "membunuh diri" untuk mengambil jurusan perubatan. Saya membuat pilihan untuk menghadiri temuduga PETRONAS dan berkat doa ibu bapa dan saya, alhamdulillah saya berjaya.
Ibu bapa dan ahli keluarga juga harus bertanggungjwab menyokong segala impian anak-anak. Mereka perlu membimbing anak-anak untuk mencapai impian mereka dan bukan untuk menjatuhkan minat anak-anak. Jikalau anak-anak berminat terhadap sesuatu benda/kerjaya, maka bimbinglah mereka. Tetapi tolong jangan jatuhkan minat mereka. Mereka berfikir lama untuk membuat sesuatu keputusan dan mereka amat perlukan ibu bapa untuk bimbingan dan tempat bertanya.

Sampai di sini sahaja saya ingin bercerita. Entri kali ini mungkin agak panjang dan berbaur serius. Diharap anda semua sudi membacanya. Terima kasih.
p/s 1 - Entri seterusnya mungkin saya akan paparkan sebuah cerita, masih lagi tentang kerjaya & diharap anda berfikir adakah tindakan tersebut wajar?
p/s 2 - Terima kasih rakan-rakan sudi luangkan masa dengan saya semalam. Terima kasih banyak! :)

5 comments:
yup,aku setuju wan,dolok ingin glk jd doktor,skrg jd driver,,,nsb bait sma pake baju warna puteh..hahahaha
hahaha. ko jadi driver pa? driver kau ya maju~~ :D
i want to be cikgu tadika who cn teach any subject..dentist was never on my list :(
aieyhh. ilek laaa. i'm sure u can deal with it. u try first then u decide what's next ok? :)
wokey! :D
Post a Comment