Wednesday, January 19, 2011

Momo Eoneon Neon Abdullah

Salam. Saya baru sahaja selesai menukar template blog saya. Nampak agak cerah sekarang berbanding yang dahulu. Saja nak berubah angin sempena umur yang nak masuk 20 tahun ni. Sempena penukaran template baru ini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda semua. Harap anda semua tertarik dengan cerita berkisar tentang haiwan peliharaan.

Ramai yang di antara anda pasti ada seekor haiwan peliharaan. Ada yang suka membela ikan, burung, kucing dan anjing. Saya ada seekor kucing. Nama panjang? Momo Eoneon Neon Abdullah. Nama pendek? Momo.

1. Sejarah membela kucing keluarga kami

Saya memang sudah lama membela kucing sejak dari sekolah rendah lagi. Bapa saya yang suka membela kucing sebenarnya. Saya sebagai anak turut suka kerana kucing seekor haiwan yang adorable dan comel. Kalau nak bela anjing memang laa tak boleh. Momo bukan seperti kucing-kucing yang lain. Kami tidak mampu untuk menjaga kucing-kucing yang mahal seperti kucing parsi dan sebagainya. Kami bukannya berduit. Seekor anak kucing parsi pun sudah berapa harga. Kami tak mampu.

2. Siapakah Momo Eoneon Neon Abdullah?

Momo hanyalah seekor kucing baka campuran. Badan berwarna putih dan mempunyai tompok-tompok hitam sudah memadai. Namun begitu, kami sekeluarga amat menyayangi Momo seperti ahli keluarga sendiri. Nak tahu kenapa? Di sini ceritanya semakin menarik.

3. Asal usul Momo

Momo dilahirkan oleh seekor ibu yang saya rasa bukan salahnya. Momo seperti anak buangan. Sejak dari lahir Momo tidak dijaga oleh ibunya. Ibunya beranak sesuka hati merata-rata dan bapa saya terjumpa Momo di belakang rumah masih lagi kemerah-merahan tanpa ibunya berada di sebelahnya. Bapa saya tidak sampai hati dan membawa Momo masuk ke rumah. Kami meletakkan Momo di dalam sebuah kotak kertas beralaskan surat khabar lama dan kain buruk sahaja agar Momo tidak kesejukkan. Bapa saya seorang yang kreatif dan beliau meletakkan sebiji mentol yang bernyala di dalam kotak tersebut supaya Momo berasa panas.

Momo mahukan susu ibunya. Kami mencari ibunya tetapi tidak jumpa. Bapa dan adik saya pergi ke kedai haiwan dan bertanya kepada pekedai tersebut susu apakah yang sesuai untuk Momo. Pekedai tersebut sarankan kami susu tepung bancuh yang sesuai untuk Momo. Kami memberi Momo susu tersebut dengan mengunakan syringe namun Momo seperti tidak menyukainya. Bapa dan adik saya semakin risau dan membawa Momo ke klinik haiwan. Doktor di sana menyarankan kami membeli susu segar kotak yang ada di pasaran. Atas nasihat doktor, kami membeli sekotak susu Dutch Lady Fresh Milk dan adik saya yang memberi susu kepada Momo. Ternyata nasihat doktor adalah yang terbaik, Momo amat menyukainya.

Momo membesar dengan susu lembu bukannya susu kucing dan agak wajar saya menggelar Momo anak lembu. Hehe. Just kidding Momo. Kadar tumbesaran Momo agak perlahan berbanding kucing-kucing yang sebaya dengannya. Setelah 2 bulan menyusu dengan susu Dutch Lady, badannya masih lagi kecil. Namun Momo nampak semakin sihat. Matanya sudah kelihatan. Sungguh comel nampaknya. Kami sekeluarga menjaga Momo sperti ahli keluarga sendiri. Saya sendiri seperti menganggap Momo seperti adik saya sendiri kerana Momo diasuh oleh kami semua sebaiknya.

4. Kegemaran Momo

Makanan Momo berlainan dengan kucing-kucing lain yang kami bela. Momo suka makan ikan dan ayam tetapi Momo tidak suka kepala ikan. Tidak tahu mengapa. Momo tahu tempatnya untuk membuang air kecil atau besar kerana semuanya kami ajar dan sediakan. Momo seekor kucing yang mendengar kata. Kami panggil Momo pasti Momo akan datang. Sungguh manja. Momo suka bergurau senda. Walaupun Momo tidak mempunyai adik beradik yang lain, tetapi Momo ada kami. Kami sekeluargalah yang sentiasa bermain-main dengan Momo setiap masa. Tambahan, Momo suka tempat yang sejuk. Kalau adik saya membuka aircond di dalam bilik, Momo pasti akan masuk ke dalam bilik adik saya dan tidur di katilnya. Lebih-lebih nampak? Apakan daya. Momo keluarga kami. Hehe.

5. Kenapa Momo Eoneon Neon Abdullah?

Kenapa diberi nama Momo Eoneon Neon? Ntah. Semuanya adik saya punya kerja. Abdullah? Itu ibu saya yang beri. Kami tidak tahu siapa bapanya. Hehe. Ini hanya sekadar nama. Jangan ambil perkara ini sebagai perkara yang sensitif.

6. Hobi sepanjang masa

Momo sangat suka tidur. tak tahu mengapa. Momo macam manusia jugak. Malam semestinya tidur. Sekarang Momo tengah tidur kat katil saya. Saya tak kisah Momo tidur di katil saya. Momo keluarga.





Momo suka tidur dengan pelbagai aksi. Anda semua boleh tengok bukan? Semuanya di ambil di katil saya. Tak tahu semenjak dua menjak ni Momo selalu dekat dengan saya. Mungkin Momo tahu saya akan kembali ke UTP kelak.



Momo oh Momo.
Dikau peneman waktu onlineku.
Wajah dikau yang ku lihat setiap pagi dan setiap malam.
Jaga diri Momo ku sayang.
Ku pergi tidak lama.
Kelak kita berjumpa lagi.

Sampai di sini sahaja saya ingin bercerita. Semoga anda semua enjoy dengan entri yang agak panjang dan penuh emosi ini. Hehe. Selamat malam semua.

p/s 1 - Momo adalah seekor kucing betina. Harap maklum.
p/s 2 - Serius aku tak nak balik UTP. Serius.
p/s 3 - Gambar di ambil dengan menggunakan camera phone sahaja. No DSLR. Camera phone pun no bad ok.

9 comments:

Mohd Ridhwan bin Abdul Rahim said...

hahaha. nang kacak nama pusak ya!

Ahmad Zakwan said...

hahaha. mak ng adik aku pun kerja ya. mk femes jak nama. haha. :D

eyka said...

so sadd~ ure going to leave her soon~ :'((

Ahmad Zakwan said...

aok~ sedeh. :'(

eyka said...

even got song for her..hahaha..i want one!!!

Ahmad Zakwan said...

song pa? hehe. ya mainan kata jak ya. hehe. :)

eyka said...

eeeeeee...me n cqa netak u skema!!

Ahmad Zakwan said...

dh gik tetak me!!!! lak me tuka laa ayat ya. ish2. gk blaja menulis bh. :O

Ahmad Zakwan said...

aok. hehee.