Friday, January 7, 2011

Hari Hujan Saya Bosan

Salam dan Hello. Hari ini terasa mahu menulis laa pulak. Lama sudah tidak menulis kerna terlalu suka mengepos gambar di blog keramat saya. Masih memproses gambar2 yang lain tetapi niat saya mahu menulis hari ini. Selepas sembahyang jumaat, saya membuka 1 blog iaitu ariffshah.com. Blog yang cool. Dari apa yang saya baca, beliau belajar di Russia dan saya juga ada melihat gambar dari blog2 beliau. Memang cool. Musim salji di Moscow. Haha. Maafkan saya kerana terlalu teruja kerana saya tidak pernah pergi ke tempat2 yang sejuk dan negara yang ada 4 musim. Teringin rasanya untuk melawat ke tempat2 baru namun hajat belum kesampaian. InsyaAllah jikalau umur panjang dan duit yang banyak, bolehlah saya melancong.

Saya ada terbaca 1 entri beliau. Blog Budak Sekolah. Haha. Saya rasa blog saya pun macam blog budak sekolah. Dipetik dari entri beliau:
Tentang entri pula, masa tu pandangan terhadap blog ni masih lagi terlalu sempit. Jadi blog tu tak lain dan tak bukan jadi macam diari. Adoi.. Cerita pasal kehidupan harian dengan penuh emosi. Tak puas hati sikit pasal apa-apa, tulis kat situ. ish.. Tapi itulah blog budak-budak. Takde benda sangat yang nak difikirkan atau yang boleh difikir untuk ditulis. Tak reti nak suarakan pandangan, hanya emosi dan mood.
Semua itu pada pendapat saya betul belaka. Lebih2 lagi macam saya ini. Haha. Saya merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang tidak berapa suka mengikuti berita semasa. semua berita yang saya dengar hanyalah dari mulut rakan2 dan ahli keluarga. Saya lebih suka mengikuti perkembangan benda2 lain seperti gadget2 yang sukar untuk dimiliki, komik, movies, photography dan cerita orang lain. Saya rasa benda2 berikut menarik minat saya. Hehe.

Kebanyakan rakan2 saya yang mempunyai2 blog semuanya saya lihat sudah matang dan entri2 mereka memang berguna dan berilmiah untuk dikongsi. Blog saya ni blog bodoh2 sahaja. Blog saya memang tempat untuk saya meluahkan emosi dan mood saya ketika itu. Haha.

Walaupun saya sudah memasuki alam universiti, namun minda masih belum matang lagi. Haha. Mungkin saya belum pandai menulis benda2 yang boleh menarik minat orang lain. Setakat ini yang mungkin menarik minat orang lain untuk ke blog saya mungkin gambar2 yang saya post. Lagi petikan dari blog beliau :
Sebenarnya semua orang pernah berada di situ. Nak jadi seorang blogger yang tahu menulis dan bercerita ni bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam satu malam, kecualilah kalau orang tu memang dah banyak menulis sejak dari awal penglibatan dia dalam dunia blog. Dan dunia blog ni pun bukan setakat penulisan sahaja, malah lebih daripada itu. Selain daripada berkongsi buah fikiran, pemilik blog boleh berkongsi pengalaman, bakat yang dia ada seperti menyanyi dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.
Pengalaman. Hanya itu sahaja yang saya boleh kongsi di blog saya. Hendak menyatakan buah fikiran, entah dari mana hendak bermula. Penulisan saya masih lemah. Tapi tidak mengapa, mungin kelak setelah saya menjadi lebih matang, mungkin kelak setelah saya lebih banyak melihat dunia saya akan kongsi sesuatu yang bermanfaat. Setakat ini, saya harap anda enjoy post2 di blog saya sebelum ini. Saya akan belajar untuk menulis dengan lebih baik lagi.

Di bawah saya ingin sertakan beberapa gambar yang saya ingin kongsi. Gambar2 di bawah tidak berkaitan dengan entri ini. Sekadar berkongsi. Hehe.

From left : Mak Long, Uncle Salleh, Aunty Anum, Mama, Aunty Aduk, Uncle Abi, Aunty Ani, Aunty Muni & Aunty Ina

Gambar di atas ini adalah gambar adik beradik ibu saya. Gambar ini diambil semasa perkahwinan kakak saya. Bak kata uncle saya, "Still going on strong."

Gambar ini gambar saya. Saja nak promote kan diri di blog sendiri. Apa salahnya kan? Hehe.

Jadi setakat itu sahaja yang saya ingin kongsi. Terima kasih kerana membaca/membelek entri saya ini.

p/s - Credit to ariffshah.com. Saya blogger newbie mengambil sedikit2 kata beliau dar blog beliau sendiri.
p/s 2 - Blog kali ini saya menulis dalam bahasa Melayu kerana lebih mudah untuk saya katakan sesuatu yang berbaur serius. *x serius mana pun*
p/s 3 - Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan entri. Hanya sebab hari hujan dan saya tidak dapat berjogging hari ini. Hehe.

2 comments:

nasih said...

nais wan.. ;D

salah satu tanda kematangan dalam berblog: pemilihan nama url blog yang lebih matang.

mok dapat idea menulis senang jak. observe your environment, know some blogs that are worth to read, and know some hot issues. ;)

Ahmad Zakwan said...

haha. orait2. trimas2. mun da masa lak leh observe2 kejadian luar yang belaku. :)