Thursday, July 29, 2010

First Week in UTP

Assalamualaikum. Haha. Rasa mok berik ceramah indah. Menurut kalender masihi tahun 2010, hari ini bertarikh 29 Julai 2010. Hari Khamis a.k.a Thursday. Aku baru habis kelas Statics dari pukul 4pm-5pm. Hari-hari sebagai seorang pelajar Undergraduate sememangnya sangat2lah memenatkan. Sila lihat blog roomateku ini. Beliau juga berpendapat bahawa kehidupan sebagai pelajar Undergraduate sememangnya memenatkan. Walaupun credit hour agak sikit, 16 jak ya namun saya tetap berasa penat sepenat2nya. Nak tahu kenapa?

Hari Isnin yang lalu....

Jam : 815 am

"Oh. Sedapnya tidur di pagi hari. Kelas pukol 11am. Dapatlah bangun lambat sedikit ya." kataku di dalam hati sanubari sendiri.

Tiba-tiba...
Telefon Maxis ku berbunyi. Lain macam sahaja bunyi nya ini. Dan aku pun menjawab panggilan keramat tersebut.

"Hello. Siapa di sana?"
"Oi! Bangun oi! Kau tau x ada kelas kol 8 am!"
*huh. mamai2*
"Haa? Bukan pukol 8 pm kaa?"
"Xda2! 8 am. Bukan kol 8 pm."
"Sial!! Aku lom mandik gik!"
"Laju2! Aku dengan Hazman dah OTW tok!"
"Dammmnnnn!!"

Panggilan keramat tersebut datangnya dari sahabatku, Afiq Iskandar. Beliau menyatakan bahawa aku ada kelas pukul 8-10am bukan nya 8-10pm seperti yang dinyatakan dalam jadual. Saya terus pergi ke bilik Haziq Haron dan memberitahu beliau kejadian tersebut. Beliau juga terkejut. Dan aku pun terus mandi-manda di dalam shower room dan bergegas ke kelas dengan Haziq Haron menggunakan pacuan 2 roda, adik kepada Encik Jaguar, Jaguar Jr.

Kami berdua berjumpa dengan Afiq Iskandar dan seorang lagi sekutu kami, Hazman Mahli di blok 21 untuk memastikan jadual kami. Memang ternyata jadual kami tertulis masa 8-10pm bukannya 8-10am! Jahanam betul. Kami bergegas dan berlari2 anak ke blok 17 kerana di situlah letaknya kelas kami. Kami masuk ke kelas dengan muka yang tidak tahu malu dan selamba ya ya sahaja. Lecturer kami faham kerana hampir semua orang di dalam kelas tersebut datang lambat juga namun yang paling membanggakan, kami yang paling lambat ya. Haha.

Kelas yang kami masuk itu adalah kelas Academic Writing. Lecturernya, Puan Nor Arfah. Hoho. Baik orangnya. Kami pun belajar. *teettt tettt tettt~* Kelas pun tamat pada pukul 10am. Kami pun berehat2 dan masuk ke kelas seterusnya iaitu Statics pada pukul 11am-12pm. Lecturernya, Dr. Azmi Abdul Wahab.

Kami pun lunch di Kafe Paprika di Poket D. Makan apa? Makan apa? Salisbury Steak with Egg and Rice. Wow. Hehe. Pada pukul 2-3pm, kami masuk ke kelas Differential Equation. Lecturernya, Puan Azizan. Orangnya pun baik hati. Kemudian kami balik ke bilik untuk berehat kerana kami ada kelas Engineering Drawing pada pukul 5-6pm. Oklaa sampai pukul 6 jak.

Kami masuk ke kelas tersebut dan kami berasa terkejut sekali lagi. Kelas kami bukannnya habis pukul 6 tetapi pukul 7pm! 7pm! 7pm!! Yohhhhhh! Hal ini demikian kerana kelas kami di gabungkan bersama2 lab yang dijalankan serentak. Kami semua penyek selepas habis kelas. Sememangnya aku dan rakan BSB penat yang amat.

Dahlaa. Aku tak mampu nak cerita panjang lagi. Aku pun dah penat semacam dah ni. nak cerita hari lain pun dah tak mampu lagi. Selamat Petang. :)

p/s - ♥ Happy 38th Monthsary dear!
p/s 2 - Esok da klas oil and gas pukul 8-10. :(
p/s 3 - Mekorg da grup baru. BSB yeahh! :D

4 comments:

Mohd Ridhwan bin Abdul Rahim said...

hahaha. cerik rasa masuk undergrad years.=P
btw, BSB ya apa bh?

Ahmad Zakwan said...

hahaha. ya afiq berik nma k mekorg. BSB - Budak Sarawak Bersatu. hahaha. paloi afiq ya. :D

arinaa :) said...

hahaha BSB. kdk back street boys la rasa tekk :P

Ahmad Zakwan said...

hahaha. haziq palak. :D