Monday, July 19, 2010

Encik Jaguar

Alkisah bermulalah kisah seekor jaguar kepunyaanku yang sudah tua umurnya. Asalnya dari Tanah Seberang sana nun. Dibeli oleh si bapa untuk kegunaan harian ketika di UPM, Serdang. Sudah tamat pembelajaran si bapa di Menara Gading dan memperoleh segulung ijazah, maka si jaguar ini dibawa ke melintasi Laut China Selatan dan telah sampai ke Tanah Kaum Kerabat si jaguar tersebut iaitu Kuching, Sarawak. Kucing memang ada kaitan dengan si jaguar.

Namun, si jaguar tidak kekok berada di Kuching walaupun asalnya dari Tanah Seberang sana nun jaoh. Tahun kelahiran si jaguar adalah pada tahun 1997 iaitu pada Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Wahh. Memang jaguar yang Merdeka nampaknya. Memang tarikh lahir yang paling menarik pernah aku dengar.

Setelah beberapa tahun, si jaguar diturunkan si bapa kepada si anak. Si anak amat menyayangi si jaguar. Si jaguar amat memudahkan pergerakan si anak ke mana-mana sahaja. Si jaguar teman si anak ke sekolah di Kolej DPAH Abdillah, Petra Jaya. Si jaguar juga teman untuk pergi ke pasar jika diperlukan. Malah si jaguar juga teman si anak untuk mengambil si adik dari sekolah setelah si anak tamat alam persekolahan dan si jaguar juga teman untuk si anak ke latihan rugby di sekolah dahulu.

Dahulu kepantasan jaguar amat terbatas. Binatang jalanan lain senantiasa mentertawakan si jaguar kerana kelajuan si jaguar amatlah perlahan. Namun si jaguar tidak berputus asa. Agi idup agi ngelaban kata Sapok Biki. Si jaguar amat cekal berlatih bersama si anak. Berlatih setiap hari sehingga sakit dan masuk keluar hospital.

Kini, si jaguar tidak lagi perlahan seperti dahulu. Dahulu si jaguar sentiasa menjadi bahan ketawa. Kini, maaflah. Si jaguar bukan jaguar yang dahulu. Umur bukan penghalang kepada si jaguar untuk terus mara pantas. Si jaguar yang dimaksudkan bukan jaguar yang sebenar seperti gambar di bawah.


Jaguar bintit-bintit

Si jaguar yang dimaksudkan juga bukan seperti ini.


Bro Jaguar yang mahal

Si jaguar yang dimaksudkan lebih kecil saiz nya. Inilah gambar-gambar si jaguar si anak yang dimaksudkan.


Perut Jaguar



Perut dan Ekor Jaguar


Ekor dan Kaki si Jaguar


Rupa paras sebenar si Jaguar

Ya. Inilah jaguar saya yang saya bawa ke hulu dan ke hilir. Inilah si jaguar saya yang paling berjasa yang membawa saya berjaya sampai hari ini. Inilah si jaguar yang membawa saya berjumpa cinta pertama saya. Encik Jaguar a.k.a Honda EX5 *custom made* saya. Maafkan saya encik jaguar. Anda sangat2 bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan anda. Walaupun saya ada seekor jaguar di UTP, tetapi anda memang irreplacable. Nampak nya kita akan berjumpa lagi di hari raya. Salam sayang dari si anak. :')

p/s - Mala gambar moto orang jak. Moto kedirik gik laa nk? Haha.

6 comments:

Anonymous said...

mbak motor tok ke gurun utp lah wan.. haha.. :D

Ahmad Zakwan said...

hahaha. biak cnun xbrani mok kaka pa2 lak. spa nok suka blow2 moto ya makan jak angin asap aku. sory laa. haha.

eyka said...

never get on dis thing

Ahmad Zakwan said...

get what? huhu.

eyka said...

get on jaguar..

Ahmad Zakwan said...

jaguar hebat lagi bergaya~