Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Pertama

Pandangan pertama. Benda ini bermain di fikiran setiap manusia setiap kali mereka berjumpa dengan setiap insan yang baru bagi mereka. Kita kalau jumpa orang yang baru kita jumpa belum tentu kita boleh kata mereka ini kawan kita. Mungkin mereka yang baru ini boleh jadi musuh kita. Ini cuma pandangan aku.

Pandangan pertama ini sebenarnya penting bagi sesetengah orang. Ada orang yang tak berapa nak kisah sangat first impression orang lain terhadap diri beliau. Macam aku, aku sebenarnya tak tahu laa nak kata kisah ke tidak tapi macam orang yang baru aku jumpa ni, aku tak kisah sangat. Sebab mungkin aku jumpa dia sekejap sahaja lepas tu tak jumpa lagi. Buat apa nak kisah kan?

Tapi, time aku baring-baring dekat katil sambil melihat lampu di atas siling bilik aku, tiba-tiba aku terfikir sejenak, apa pandangan pertama orang terhadap diri aku mula-mula ya? Aku ni pendiam ke? Susah nak di approach ke? Teringin jugak aku nak tahu apa orang fikir tentang diri aku ni.

Benda ini tiba-tiba masuk dalam kepala aku bukan sebab lampu di siling, tapi macam aku rasa aku tak pandai nak buat kawan baru. Ini serius, bukan main-main. Berjumpa dengan orang baru lepas tu buat kawan bukan kepakaran aku. Budak-budak course aku dekat UTP tu pun belum tentu rapat atau kenal dengan aku padahal semua budak-budak course aku yang lain rapat bagai air dicincang tak akan putus laa hubungan sesama mereka.

Aku ni nak cakap aktif dekat social network, boleh laa kata ya (sebab cuti). Dekat Twitter tu boleh kata setiap hari aku tweet benda merepek tapi aku memang tak ada intention nak berkenalan dengan tweeples baru dekat Twitter tu. Yang aku tahu, tweeples yang selalu berbalas tweet dengan aku ni memang kawan aku before aku join Twitter lagi. Aku follow orang tak lah banyak bukan semua orang yang aku follow tu aku kenal rapat. Entahlah. Aku pun tak tahu. Tu laa sebab aku cakap aku memang tak pandai buat kawan baru. Kawan-kawan aku yang ada Twitter aku tengok banyak je kawan-kawan yang mereka kenal dari Twitter. Tertanya-tanya jugak macam mana mereka ni boleh ada "click" dengan orang lain ya. Sama minat ke? Ke memang ada intention nak berkenalan sesama sendiri? Mungkin.

Sebab tu aku terdetik nak tahu apa pandangan pertama orang terhadap aku. Sebagai contoh, aku sebagai seorang pengguna Twitter dan dari apa yang aku tweet setiap hari,
  • Aku bukan seorang yang ambil tahu hal ehwal semasa
  • Aku tweet benda-benda tak sepatutnya e.g mencarut sepanjang masa. Ya. Aku mengaku.
  • Mungkin aku seorang yang agak emosional
  • Sarcastic, tapi sarcasm aku macam aku sorang yang faham. Aku tak tahu orang lain ambik kisah ke tak.
Sama ke pandangan orang lain terhadap macam apa yang aku nyatakan di atas? Kalau tak, apa pandangan korang (yang sudi membaca entri ini) terhadap aku? Mungkin aku boleh tahu kenapa aku tak ramai kawan di mana-mana.

No comments: