Monday, January 17, 2011

Random Achievement 2 : Adik = Guru bukannya Doktor

Salam semua! Di sini saya ingin berkongsi satu cerita. Tentang kerjaya pilihan juga seperti dalam entri saya sebelum ini, Random Achievement 1. Yang mana yang terbaik, pilihan sendiri atau orang lain? Saya tidak perlu mengambil contoh yang jauh sebab cerita yang saya ingin kongsi ini adalah pengalaman adik saya sendiri.

Saya ada seorang adik perempuan dan tidak perlu saya nyatakan nama beliau di sini. Adik saya sudah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan beliau. Sekarang beliau sedang menuntut di Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching. Jurusan? Sudah tentunya perguruan dalam bidang Bahasa Melayu.

Hairan bukan? Mengapa adik saya mengambil jurusan perguruan sebagai kerjaya pilihan. Kerjaya ini bukan paksaan dari sesiapa tetapi memang kemahuan adik saya. Cita-cita beliau dahulu ialah menjadi seorang doktor. Tapi menjadi seorang guru pun tidak salah. Guru merupakan satu pekerjaan amat mulia yang saya tahu. Ibu bapa saya seorang guru dan adik saya mahu mengikut jejak langkah ibu bapa saya. Memang jika kita menjadi seorang guru, memang susah kita untuk menjadi kaya. Jangan cakap guru, semua kakitangan kerajaan. Saya bukan nak cakap apa tapi memang itulah kebenarannya.

Tetapi, siapa sanggup untuk menjadi guru pada zaman sekarang ini? Beritahu saya. Bukan terpaksa tetapi dengan KEMAHUAN sendiri. Saya tahu memang ada, tetapi tidak ramai. Jika diberi pilihan seorang doktor atau guru, semestinya ramai yang memilih doktor. Saya pun pilih doktor juga. Tapi pernah tidak anda semua berfikir. Tanpa seorang guru, wujud tidak seorang doktor di dunia ini? Doktor memang pekerjaan yang mulia, namun mari kita fikir-fikirkan bersama ya.

Semalam, saya ada menghadiri tahlil arwah rakan bapa saya berdekatan dengan rumah saya. Selepas selesai membaca surah Yasin dan berdoa, seorang ustaz ingin memberi tazkirah. Beliau menyatakan bahawa terdapat satu hadis Rasulullah yang berbunyi begini :
"Setelah seseorang tersebut meninggal dunia, maka terputuslah segala hubungan si mati dengan segala-galanya di dunia KECUALI 3 perkara; sedekah yang berterusan (sebaik-baiknya waqaf), doa anak-anak kepada si mati dan ILMU yang berguna."
Macam itulah bunyi hadis yang saya dengar. Betulkan saya jika saya silap. Hehe.

Walaupun menjadi seorang guru tidak kaya di dunia, namun pasti ada balasan yang baik di dunia akhirat. Jika kita mengajar seseorang ABC, 123 dan Alif Ba Ta dan setelah dewasa, orang tersebut mengajar anaknya benda yang sama kita ajar, maka pahala kita tidak akan terputus selagi benda yang kita ajar bermanfaat kepada masyarakat.

Saya sangat bangga dengan adik saya. Kemahuan beliau untuk menjadi seorang guru memang membanggakan saya dan ahli keluarga saya lebih-lebih lagi bapa saya. Alangkah gembiranya seorang bapa jika seorang anaknya mahu mengikut jejak langkahnya. Bapa saya tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk menjadi apa yang beliau mahukan namun menyokong apa yang anak-anak mahukan. Alhamdulillah.

Saya gembira dengan adik saya walaupun pilihan beliau mendapat tentangan dari saudara mara, beliau tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Semuanya berdasarkan minat, kemampuan dan sokongan dari semua.

Sampai di sini sahaja saya ingin bercerita. Selamat membaca! :)

p/s 1 - Saya nak berjogging petang ini! :)
p/s 2 - 22 Januari. Aku benci tarikh ini. :(

4 comments:

eyka said...

wah wah wah...pandainye die mengarang..

Ahmad Zakwan said...

hehee. terima kasih ye~ baru nak belajar menaip. :)

eyka said...

lmk tk xpndey menaip ka u..adoyy~ kck la krgan anda..sgt bermakna.

Ahmad Zakwan said...

baru hendak bersikap serius + plentey ckit. haha. :D