Salam. Apa yang saya ingin sampaikan pada post ini adalah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 2010 ini.
Wahh. Tahun baru mesti azam pun baru. Pada bulan yang mulia berseni-seni ini saya dan rakan-rakan yang lain sudah membuat satu perjanjian yang digelar Piagam Ramadhan. Ahli-ahli yang turut serta dalam Piagam Ramadhan ini ialah saya sendiri, Hazman Mahli dan Afiq Iskandar. Hanya 1 perkara berbangkit di dalam Piagam Ramadhan ini iaitu sesiapa yang berat badan nya turun paling sedikit dalam bulan puasa ni membelanja rakan2 nya yang lain. Yahh. How's that people? Ada brann? Sesiapa yang rasa dirinya dah kurus tak payah lah nak join jer. Hanya untuk orang yang berbadan besar sahaja walaupun Encik Hazman "Toughness" Mahli dah kurus dengan menurunkan berat badan beliau 2 kg before start puasa. Wahh.
Setakat yang saya nampak, badan saya sudah naik 1 kg. Saya pun berasa agak hairan karena makan pun dah kurang, makan di tengah malam pun sudah tiada lagi, exercise berlebih adalah. Hmm. Mungkin sudah menjadi muscle kekal. Apa boleh buat? Haha.
Saya tadi ada terbaca blog seorang rakan saya yang menyatakan idea tentang puasa di bulan Ramadhan : Membazir/Berjimat. Tentang hal ini, anda fikir-fikirkan sendiri. Kalau hari-hari pergi ke Bazaar Ramadhan dan membeli pelbagai jenis juadah berbuka puasa, jimat pa kes? Nak berjimat tu boleh. Saya bagi contoh, leh jer pergi kat masjid untuk berbuka puasa. Kafe Pak Ali boleh jugak. Ambik makanan jangan laa banyak2. Tau laa lapar. Saya pun lapar jugak. Dengan sewenang2nya, anda boleh berjimat secara tidak langsung.
Bazaar Ramadhan
Puasa tidak menghalang kami dari beribadah dan bersukan. Malam semalam, kami bermain futsal di court V5 selepas menunaikan solat terawih di masjid. Wahh. Malam yang amat memenatkan. Sudah lama rasanya tidak bermain futsal jadi suma skill, ball control sudah menghilang sedikit demi sedikit. Nampaknya saya mesti bermain futsal seminggu sekali. Haha. Saya ada juga membuat exercise di dalam bilik selama 10 minit. Cukuplah. Nak save energy. Haha. Mungkin petang ini jikalau hari kurang panas saya akan berjogging 1-2 round di Padang Sport Complex bergantung kepada keupayaan badan. Kalau 1 pusingan dah semput, matilaa saya. Haha.
Bulan Ramadhan ni ke kelas pun jadi malas. Al-Maklumlah perut lapar, tekak haus, kaki dan tangan tidak memainkan peranan penting untuk berjalan ke kelas. Pukul 11 selepas ini ada tutorial Differential Equations. Attendence adalah optional jer. Tapi saya nak datang sebab saya semenjak 2 menjak nie otak kurang berfungsi ke tahap yang sepenuhnya. Jadi, saya harap anda semua mendoakan kesihatan tubuh badan dan otak saya.
Bercakap pasal kesihatan, saya rasa mata saya semakin hari semakin rosak. Dahulu jika saya duduk di belakang kelas, saya boleh nampak semua apa yang berada di skrin LCD. Sekarang mata saya agak kabur dan silau berpanjangan. Saya tidak sukar menggunakan cermin mata, tetapi saya ingin membuat pemeriksaan mata apabila pulang ke Kuching kelak sempena pulang di hari raya.
Saya akan pulang ke Kuching pada 3 September 2010 dan akan kembali ke tanah UTP 19 September 2010. Lama kan? Sebenarnya UTP abis cuti dalam 14 September 2010 tetapi apakan daya, tiket nak balik dah abis.*konon nya abis* Haha. Kami extend cuti laa bai. Gila ke apa raya 4 hari jer. Paling2 pun 1 minggu laa. Dah laa balik jaoh2 raya 4 hari jer. Membunuh namanya. Haha. So, sapa2 nak join dipersilakan. Haha.
Oklah. Sampai di sini sahaja update dari saya. Update banyak2 pun x guna jugak. Nanti bosan orang nak baca. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa!
p/s - orang main lagu nasyid, lagu raya time puasa, aku main lagu David Guetta - One Love dalam bilik. kalau tok arab depan bilik aku bising2, aku bagi hentak sama dentuman bass aku jer. haha.
p/s 2 - saya rindu keluarga saya. saya rindu Kuching. saya rindu berbuka puasa awal di Sarawak.
No comments:
Post a Comment